Saturday, January 03, 2009

Wirid Yang Ku Kenali

Sedikit sedutan dari kitab Wirid Yang Ku Kenali hasil susunan Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad ms. 51

Dari segi ekonomi jika seseorang itu menghisap rokok satu hari sebungkus yang barangkali berharga RM3.00 (nota blogger : kita ni diterbitkan tahun 1996.Sekarang ni sebungkus dah RM8.++),kalau sebulan dah RM90.00 dan kalau setahun pula 12 x RM90.00 sudah jadi RM1080.00 kali pula dengan sepuluh tahun,maka jadilah RM10,800.00 Bagaimanakah hendak menjawab di hadapan Allah Taala,jika ditanya mengapa kamu tidak menunaikan ferdhu haji? Jika kita menjawab TIDAK MAMPU,maka apa hal dengan sepuluh tahun menghisap rokok yang berbelanja sampai RM10,800.00 adakah boleh dikira sebagai orang yang tidak mampu?


Bagi mereka yang menghisap rokok bolehlah membuat kira-kira sendiri kemudian merenung jauh ke dalam diri sendiri memikirkan bagaimanakah hendak menjawab soalan kepada Allah nanti!


Nota Zul Salleh :

Bila fikirkan hal diatas,terfikir pula bagaimana dengan duit ringgit yang kita gunakan untuk ubahsuai kereta atau ubahsuai rumah yang menelan belanja hampir ribuan ringgit.Memanglah membeli dan memiliki rumah untuk kediaman dan kenderaan itu satu keperluan tetapi `ubahsuai' itu adakah juga keperluan mutlak yang dapat dijadikan sebagai alasan untuk jawaban TIDAK MAMPU seperti di atas.Itu belum lagi kalau kita rujuk kepada kawan rakan kita yang berbelanja untuk melancung @ melencung kesana sini round dunia tapi tak sampai-sampai gak ke Tanah Suci.Daripada dok buang duit buang tenaga menapak kat atas Tembok Besar Negeri China tu lebih baik laa gi Saie kat Safa dan Marwah tu,dapat gak pahala.


hmmmm "sendiri kena fikirlah tu"


Hidayah - TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Anbakri Publika Sdn. Bhd. - RM25.00

No comments:

Post a Comment