Wirid Yang Ku Kenali

Hampir jam 3.30 pagi ketika mata ini terjaga.Memulakan kehidupan hari ini seawal begini.Fikiran ku menerawang memikirkan satu persatu urusan yang belum selesai.Urusan untuk dunia dan juga untuk akhirat.Betapa hari esok yang semakin menakutkan kerana hari kiamat semakin hari semakin hampir namun aku masih gagal untuk membuat persiapan yang terbaik untuk bekal ke sana.Ibadah yang dilakukan seperti ada-ada saja yang tak kena.Ada-ada saja yang tak menjadi.Mengapa terlalu sukar bibit keimanan ini untuk bertugu kukuh di jiwa dan raga ini.Mengapa Ya Allah ???

Mengapa???

Apakah ini semua adalah dugaan dan cubaan yang harus aku lalui dan hadapi Ya Allah???


Andai begitu,aku redha dan pasrah dengan Qadha dan Qadhar Mu - namun doa pengharapan ku,Ya Allah agar rahmat Mu,taufik dan hidayah Mu,pertunjuk Mu tetap mendatangi hamba Mu ini dalam suatu waktu yang terdekat ini.Datangnya bersama dengan sebuah kejayaan yang amat-amat saya dambakan ketika ini.


Ya Allah Ya Tuhan Ku,janganlah Kau balik-balikkan lagi hati ku setelah Kau beri pertunjuk,setelah Kau beri taufik dan hidayah Mu!!! Aku ingin menjadi hamba Mu yang bertakwa!


Amin!!!

*********************************************************************************

Sedikit sedutan dari kitab Wirid Yang Ku Kenali hasil susunan Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad ms. 51

Dari segi ekonomi jika seseorang itu menghisap rokok satu hari sebungkus yang barangkali berharga RM3.00 (nota blogger : kita ni diterbitkan tahun 1996.Sekarang ni sebungkus dah RM8.++),kalau sebulan dah RM90.00 dan kalau setahun pula 12 x RM90.00 sudah jadi RM1080.00 kali pula dengan sepuluh tahun,maka jadilah RM10,800.00 Bagaimanakah hendak menjawab di hadapan Allah Taala,jika ditanya mengapa kamu tidak menunaikan ferdhu haji? Jika kita menjawab TIDAK MAMPU,maka apa hal dengan sepuluh tahun menghisap rokok yang berbelanja sampai RM10,800.00 adakah boleh dikira sebagai orang yang tidak mampu?


Bagi mereka yang menghisap rokok bolehlah membuat kira-kira sendiri kemudian merenung jauh ke dalam diri sendiri memikirkan bagaimanakah hendak menjawab soalan kepada Allah nanti!


Nota Zul Salleh :

Bila fikirkan hal diatas,terfikir pula bagaimana dengan duit ringgit yang kita gunakan untuk ubahsuai kereta atau ubahsuai rumah yang menelan belanja hampir ribuan ringgit.Memanglah membeli dan memiliki rumah untuk kediaman dan kenderaan itu satu keperluan tetapi `ubahsuai' itu adakah juga keperluan mutlak yang dapat dijadikan sebagai alasan untuk jawaban TIDAK MAMPU seperti di atas.Itu belum lagi kalau kita rujuk kepada kawan rakan kita yang berbelanja untuk melancung @ melencung kesana sini round dunia tapi tak sampai-sampai gak ke Tanah Suci.Daripada dok buang duit buang tenaga menapak kat atas Tembok Besar Negeri China tu lebih baik laa gi Saie kat Safa dan Marwah tu,dapat gak pahala.


hmmmm "sendiri kena fikirlah tu"

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam