Al Fatihah untuk Tok Pah - start here!
Arwah yang sehari sebelumnya masih bertenaga menumbuk biji kopi untuk dijadikan serbuk kopi minuman sendiri.Pagi 22 Februari itu arwah sedang berpakaian untuk ke rumah kenduri kahwin tiba-tiba merasa sebelah tangan dah tak boleh digerakkan ketika nak memasukkan tangan ke dalam tangan baju kurung yang hendak dipakainya.Ketika itulah arwah mula merasa tidak bermaya dan terjelepuk ke lantai.Di usung ke pembaringan dan ketika itu mula menunjukkan tanda-tanda nazak.
Sekitar jam 10.30 pagi saya yang ketika itu sedang bermesyuarat menerima khabar ini dan jam 3.00 petang baru dapat bertolak ke rumah tok di Kampung Banggul Berangan,Labu Besar,Kulim,Kedah bersama emak,pak,isteri dan anak (Nabil Farhaan).Ketika sedang memandu inilah henpon berbunyi menyampaikan khabar pemergian tok tetapi tidak saya maklumkan kepada mak dan pak supaya keadaan dalam kenderaan dan perjalanan lebih tenteram.Setelah hampir sampai barulah saya beritahu.
Saudara mara telah ramai yang berkunjung dan berkumpul di dalam dan di luar rumah.Setelah bermesyuarat di kalangan anak-anak dan saudara mara yang dekat,keputusan telah dibuat untuk urusan pengkebumiaan dilakukan pada malam itu juga kerana urusan pengurusan jenazah dituntut supaya disegerakan.Lalu jam 10.00 malam itu setelah disembahyangkan,jenazah pun disemadikan di tanah perkuburan di kampong tersebut.
Bersemadilah jasad arwah dipembaringan yang kekal abadi.Dari tanah datangnya dan ke tanahlah akhirnya.Yang tinggal hanyalah kenangan semasa arwah masih di dunia.Sebagai cucunya saya punyai nostalgia masa remaja yang manis bersama-sama arwah terutamanya ketika masa cuti sekolah.
Ya Allah Ya Tuhanku,Kau cucurilah rahmat ke atas roh Pah binti Manis binti Ichik,
Amin!
Comments
Post a Comment