Doa Untuk Pejuang Palestin



Sepanjang minggu kebelakangan ini berita dan gambar-gambar mengenai kekejaman regim Zionis (Laknatullah) menjadi hidangan yang menggerikan di dada akhbar dan tv.Betapa suatu pihak yang didokong oleh kuasa besar Amerika dan sekutunya mahu melanyak sebuah negara kecil yang dahulu ditumpanginya sahaja dan kini mahu menjadi tuan sepenuhnya.Betapa pemimpin-pemimpin negara jiran yang sebangsa tetapi diulit oleh kepentingan duniawi hanya mendiamkan diri.Tanpa sedar bahawa luka kecil di kaki atau di mana-mana anggota tubuh jika dibiarkan suatu ketika nanti pasti seluruh tubuh akan teransang kesakitan.Memburuk dan bernanah lalu tubuh itu akan parah.

Terkial-kiallah HAMAS memperjuangkan akidah,namun hadith Rasulullah SAW ini mungkin milik mereka :Maksudnya;


“Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)


Biarlah Yahudi dan Nasrani (serta penyokong-penyokong mereka) menggelar anda `pengganas' namun tafsiran Allah SWT berbeza kerana Ia Maha Mengetahui isihati anda semua.Teruskan perjuangan kerana penyudah (closing) untuk bangsa Yahudi telah termaktub dalam Al-Quran,cuma masanya sahaja yang belum tiba.


Keikhlasan dan niat suci anda nanti akan dijawab oleh Allah SWT dengan kalimah "KUN FAYAKUN",Insha Allah!.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam