Catatan Maghrib 8 Safar 1430

Sepanjang masa berurusan mendaftarkan Ummi Farah Aqilah di Sekolah Menengah Agama Yan tak lama dulu dan melihat bagaimana dia mudah membawa diri di kalangan teman-teman sebilik yang baru dikenalinya membuatkan aku terfikir betapa cepatnya masa berlalu.Seketika lagi anak ini akan tidak ada lagi diruangan mata ini di lingkungan persekitaran rumah kediaman.Betapa anak kecil ini kini telah terdedah kepada satu lagi corak hidup baru yang pastinya menuntut semangat kendiri yang bukan sedikit.Tidak ada lagi tangan abah dan tangan mama yang akan dapat membantu bila diperlukan.Cumanya bila berkesempatan pulang bercuti sahaja.


Sememangnya diantara 5 orang anak-anak ku,anak inilah yang saiz tubuh badannya kecil jika dibandingkan dengan kakak dan abangnya ketika mereka seusia dengannya.Malah adik lelakinya Muhammad Nabil Farhaan yang kini baru berusia 8 tahun telah pun miliki saiz tubuh badan yang lebih besar darinya yang dah berusia 13 tahun.


Aku merasakan amat bersyukur sangat melihat anak-anak tumbuh membesar dengan sihat.Berkembang dalam corak peribadi dan pekerti yang baik dan menyenangkan mata memandang.Solat pun tak perlu disuruh-suruh baru nak buat (cuma Subuh jerr kalau tak dikejutkan dari tidur alamatnya melepas lerr).Betapa besarnya nikmat yang dikurniakan Allah SWT.Segala-galanya disusun atur dengan baik dan memuaskan.Cuma imbalan berupa ibadat ku sahaja yang masih tidak memuaskan.Masih banyak lompang-lompang di sana sini sedang usia semakin senja.


Aku pula diusia yang dah pun menjangkau 48 tahun pada 23 Januari lalu cuma mempunyai masalah lebihan berat badan sahaja.Lain-lain penyakit buat masa ini tak ada lagi.Syukur kerana diberinya kesihatan.Begitu juga dengan isteri.Masih sihat walafiat.Syukur dengan kehidupan seharian yang diberikannya kemudahan.Malah aku berpendapat Farah dapat memasuki sekolah menengah agama ini pun kerana Allah SWT makbulkan doa ku pada solat dhuha ku - "Ya Allah,jika rezeki ku masih di atas langit,turunkanlah dan jika ada di dalam bumi,keluarkanlah,jika sukar mudahkanlah ....... "


Sewajarnya diketika ini skop pandangan ku mengenai dunia ini sudah mula berubah.Wajar menukar neraca baru untuk menilai gerak laku dan sudut pandangan terhadap kehidupan masa kini dan esok-esok yang seterusnya sehingga menghembuskn nafas yang terakhir.Aku mulai kurang memberatkan keduniaan yang sementara ini.Hidup sekadar adanya agar tidak dikata membuang dunia dan menumpukan lebih masa dan perhatian kepada bekalan perjalanan ke alam akhirat.


Hidup seadanya tanpa perlu bergegas-gegas mengejar peluang dan kesempatan yang berbentuk keduniaan.Memanipulasi masa dengan sepenuhnya untuk menggapai rezeki yang halal dan seterusnya mempertingkatkan kualiti diri dan kualiti ibadah agar esok hari nanti aku berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang hamba Nya yang diberi ruang untuk mengunjungi rumah Nya di Baitullah dan memperolehi haji mabrur dan seterusnya menjadi hamba pilihan untuk mendiami syurga Nya,Insha Allah!

KAPAL HAJI DALAM KENANGAN - Yahaya Awang
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. - RM15.00


Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam