Rumah Yakin Al Wadi

Lebih kurang jam 10.30 pagi 19 Februari,2009 - buat kali keduanya saya sampai lagi ke Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Al Wadi, Kampong Cheruk Sikin, Mukim Pulai,Baling.Jika kunjungan kali pertama dulu (Hari ke 2,Aidil Adha 1429H) saya gagal bertemu dengan Ustaz Daud iaitu Penyelia Al Wadi dan juga gagal bertemu dengan anak-anak Al Wadi kerana meraka menghadiri program Bacaan Yassin di luar.

Kali ni saya berkesempatan bersua muka dan berbual-bual dengan Ustaz Daud.Bercerita mengenai impian dan harapan beliau untuk melihat masa depan Al Wadi yang lebih berketerampilan dan mencapai matlamat memberi khidmat yang terbaik kepada anak-anak miskin dan anak-anak yatim penghuni Al Wadi.Namun saya gagal juga bertemu dengan anak-anak Al Wadi kerana semuanya bersekolah sesi pagi.Cuma yang ada ialah Adik Ain yang baru balik dari kelas tadikanya dan sibuk menyiapkan homeworknya.


Ustaz Daud : abah kepada semua anak-anak Al Wadi


Kak Aliya : petugas di Bahagian Pentadbiran - sedia menyambut kedatangan anda ke Al-Wadi

Adik Ain (anak Al Wadi paling muda)

Tujuan utama kedatangan saya kali ini ialah untuk mendapatkan info terkini mengenai Al Wadi untuk dimuat updatekan ke laman web;

http://rumahyakin.bravehost.com
http://yakinalwadi.tripod.com

Syukurlah kerana mendapat kerjasama cukup baik dan mesra dari Cik Jamilah (Kak Aliya) iaitu petugas di bahagian pentadbiran memberikan input untuk laman web tersebut di atas.

Terima Kasih semuanya.Menu ringkas makan tengahari begitu enak tetapi mengenangkan saya sedang dalam usaha nak kawal berat badan - terpaksalah kontrol skit kuantiti makanan tu!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam