aduhai malaysia ku!

Dalam akhbar tempatan dua tiga hari kebelakangan ni seakan berita buang bayi menjadi berita hangat.Ada-ada saja bayi ditemui di tempat-tempat yang tak sewajarnya seperti dalam tong sampah dsbnya.Semua ini menjadi bukti hakikat bahawa dalam `masyarakat haiwan tidak ada manusia tetapi dalam masyarakat manusia ada binatang'

Namun berita kat bawah ni membuatkan saya terkesima.....


Burung gagak berkerumun patuk mayat bayi
- Teluk Bahang, Batu Feringgi

TELUK BAHANG - Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.

Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.

Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.

"Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.

"Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika di temui semalam.
Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran

Nota:
Tunggulah azab ALLah SWT akan menimpa kita semua,tak akan memilih sesiapa untuk dikecualikan.Sekali ia melanda....seluruh Malaysia akan terkena.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam