berniaga itu sunnah Rasulullah SAW

Kata orang .... ini adalah daki dunia.
Kata orang .... inilah nilai cinta.Ada wang abang disayang,tak ada wang abang melayang
Kata orang .... tua pun tak pa,banyak ini dinda gerenti sayang giler
Kata orang .... berhantu.Boleh menjadi sumber perpecahan dalam keluarga.Pemutus persahabatan.


Hakikatnya :


Inilah status imej dan nilai diri manusia (insan) buat masa ini dan seterusnya hingga ke akhir zaman.
Inilah yang dikejar,dicari oleh setiap insan untuk survival kehidupan.
Inilah juga penentu tahap iman seseorang.Kepapaan boleh membinasakan iman.
Inilah fokus hidup setiap individu meski pun cuba dinafikan.

Natijahnya :


Wang adalah lambang kekayaan,kemewahan.Mesti dicari supaya kita akan kaya dan mewah.Supaya kita mampu hidup seadanya.Mampu menyediakan keperluan hidup,membesarkan anak-anak dan memberikan pendidiikan yang sewajarnya dengan ilmu dunia dan akhirat.


Kita mesti kaya supaya kita mampu mengerjakan ibadah haji dan melengkapkan Rukun Islam, berzakat.Berinfak.Sedekah jariah.Membantu saudara seagama meningkatkan ekonomi ummah dan seterusnya memertabatkan kesyumulan Islam sebagai AdDin.
Zakat diferdhukan kepada umat Islam adalah isyarat bahawa umat Islam mesti kaya.


Ini adalah makhluk Allah SWT seperti kita juga.Menjadikannya sebagai matlamat total kehidupan kita akan menjadikan kita syirik dan dimurkai Allah SWT kerana telah menduakanNya


Persoalannya :

Bagaimanakah kekayaan itu diperolehi ???


Mestilah melalui rezeki yang halal.Rezeki yang diberkati.Kita mesti husnuzon dengan pemiliknya iaitu Allah SWT. dengan berusaha mencarinya bersungguh-sungguh dan beribadat bersungguh-sungguh.
Hendaknya graf pencapaian usaha kita mencari kekayaan itu sekurang-kuragnya setanding mencanak naik dengan graf pegamalan ibadat harian kita.


Dimanakah letaknya sumber kekayaan ini ???


Sebagai umat Islam yang bertuhankan Allah SWT dan berrasulkan Nabi Muhammad SAW - kita mesti yakin dan percaya.


Hayyaalassolah Hayyalalfalah
Marilah mengerjakan solat.Marilah menuju kejayaan - Maksudnya : tak ada kejayaan tanpa solat.


Sabda Nabi Muhammad SAW : 9/10 daripada rezeki letaknya dalam perniagaan.


Malah supaya jelas kepimpinan melalui tauladan - Baginda Nabi SAW juga turut berniaga.Ertinya berniaga itu adalah Sunnah Nabi.


Ertinya selain dari amal ibadah dan amal jariah - kita mestilah juga berniaga supaya kita selayaknya dianggap umat Baginda yang berusaha untuk taat sepenuhnya kepada perintah Allah SWT dan Sunnah Rasullullah SAW.


Sebolehnya sebelum kita menutup mata mengakhiri hayat ini,tetap ada niat dan usaha kita untuk berniaga.


Nak berniaga apa ???




Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam