rejab : bulan menyuluh diri

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang tidak kamu melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah,kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu melakukannya" (Surah As Saff,ayat 2-3)Hari ni,Selasa 23 Jun 2009 merupakan hari terakhir Jamadil Akhir 1430.Bila senja berlabuh,azan maghrib berkumandang bererti telah bermulalah bulan Rejab 1430.Berangkat pergilah Jamadil Akhir 1430 buat selama-lamanya.Tak akan kembali lagi.Perginya bersama sejarah kehidupan kita yang merakamkan segala kebaikan dan keburukan kerja buat kita selama sebulan lalu.Nantinya akan berlalu pula Rejab dan akan disusuli dengan Syaaban dan kemudiannya Ramadhan al Mubarak.

Aduhai ... pantasnya masa bergerak datang dan berlalu pergi.Menjengah dan meninggalkan aku yang masih terkapa-kapa di dalam membelek neraca mentafsir nilaian masa.Esok menjadi hari ini menjadi semalam dan kelmarin.Berdesup-desup masa mencantas usia sedangkan aku masih `pi mai pi mai dok tang tu juga'.Sebal rasanya!
.

Bulan Rejab iaitu Bulan Menyuluh Diri.Bermulanya pesta ibadah dari bulan ini sehinggalah kemuncaknya di bulan Ramadhan.Allah SWT datangkan bulan Rejab ini sebagai mengingatkan kita supaya bersedia awal `warm up' anggota tubuh sebelum menjalani latihan jiwa menggempur nafsu di bulan Ramadhan kelak.

Marilah kita mulakan langkah untuk meneliti penghayatan ibadah sedari sekarang.Ibarat orang hendak berkenduri kahwin sedikit demi sedikit telah dibuat persediaan sebelum tiba hari kemuncaknya.

Doa bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Ahmad dan at Tabrani daripada Anas.Berdoa semoga ditemukan kembali dengan Ramadhan dalam keadaan sihat dan dapat melaksanakan ibadah puasa,tahajjud dan sebagainya dengan sempurna dan di terima Allah SWT.

"Ya Allah,berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

DO SELF CORRECTION ..... MUHASABAH DIRI !!!

Do it now! Right now! Now!

Berhenti seketika bukan suatu kegagalan.Berhenti seketika untuk menilai setakat mana pencapaian diri masa kini lalu menyusun strategi baru untuk melangkah.Melangkah dengan tekad yang lebih kukuh,lebih bersepadu dalam pengurusan masa,pengurusan rohani, pengurusan jasmani dan pengurusan impian,Insha Allah!


Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam