langkah JUARA menggamit syafaat
Bermula hanya disambut baik oleh kalangan keluarga dan sahabat-sahabat terdekat lalu sedikit demi sedikit melalui perjuangan akidah lalu berkembanglah Islam di jagat raya ini melampaui tanah Arab sehinggalah ke nusantara ini sebagai satu pegangan hidup yang syumul. Ad Din. Alhamdulillah!
Lalu dek kerana nenek moyang,mak bapa kita Islam lalu secara otomatiknya kita pun Islamlah.Membesar sebagai orang Islam sebagai mana acuan yang diberi oleh ibu bapa kita.Bukan mengikut acuan Rasulullah yang setepatnya kerana bermulanya kita adalah Islam Keturunan.Makanya wajarlah kita segera sedar bahawa kita berhadapan dengan cabaran demi cabaran hari demi hari dalam usaha kita nak meningkatkan tahap iman kita.
Detik 12 Rabiul Awal,1430 yang akan muncul jam 7.32 petang nanti - marilah kita jadikan detik permulaan baru untuk langkah penuh keimanan kita menuju kepada jalan Allah SWT.Yang lepas tu biarlah berlalu kerana kita dah tak mampu nak mengubahnya - apa yang kita ada adalah detik ini.Makanya marilah kita jadikan ianya detik yang penuh makna,penuh nilai dan penuh penghayatan utuk kita mulakan hidup baru.Hidup sebagai ummat Nabi Muhammad SAW dan hamba Allah SWT yang berkualiti,Amin!
Kita hayati perjalanan Baginda sejak setelah dilahirkan sehinggalah Baginda wafat dan meninggalkan kita tanpa kesempatan untuk kita bertemu Baginda.Hanya yang ada peluang untuk kita ialah bertemu Baginda di alam akhirat nanti,Makanya marilah kita sediakan persiapan yang sewajarnya agar perjalanan yang jauh itu kita tak kepenatan,tak kehausan dan akhirnya kita dapat bersama-sama Baginda dalam syafaatnya,Insha Allah!
Ayuhlah!!! jom kita bangun,berdiri dan mula mengatur langkah penuh keimanan ke hadapan.Langkah gagah penuh istiqamah seorang hamba Allah SWT.Langkah penuh disiplin seorang JUARA,Insha Allah!
Comments
Post a Comment