Hari Anugerah Cemerlang SMKAK 2009



Jam 8.30 pagi aku berada di dalam Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah kerana hadir memeriahkan Majlis Anugerah Cemerlang SMKAK 2009.Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah meraih keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PMR,SPM dan STPM 2008.Selain itu pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang di dalam setiap mata pelajaran dan ko kurikulum juga diberi anugerah penghargaan.

Anak ketiga ku yang memperolehi 9A di dalam PMR 2008 turut menerima anugerah.Bagi diri ku,kehadiran dalam majlis sebegini adalah penting petanda bahawa sebagai ibubapa,kita menghargai penat lelah dan usaha anak-anak menelaah pelajaran bersungguh-sungguh sehingga meraik kejayaan yang cemerlang sebegitu.Hadir membuktikan sokongan moral dan pasti memberi kekuatan semangat kepada anak-anak untuk mencipta kejayaan yang seterusnya kelak.Bayangkan bagaimana perasaan anak-anak yang turun dari pentas selepas menerima anugerah hanya keseorangan sahaja dan melihat rakan-rakan lain yang mesra bergurau senda dengan ibu bapa masing-masing sambil membelek-belek sijil penghargaan yang baru diterima.Pasti sayu rasanya!


Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar,NKDA.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam