ke KL la plak!

25 April lebih kurang jam 5.00 petang sampailah aku ke rumah.Balik dari kursus di Pulau Langkawi tu.Malamnya lebih kurang jam 9.00 bertolak ke Kuala Lumpur pula.Urusan keluarga.Anak yang ke 2,Muhammad Shafiq Ashraf telah tamat pengajian matrikulasinya di Universiti Teknologi Mara,Shah Alam.Oleh kerana banyak barang-barang yang terpaksa dibawa balik,adalah tak sesuai kalau nak menaiki bas.Jadinya aku dan isteri bersetuju untuk datang menjemputnya di Kolej Perindu.


Perjalanan malam lebih dingin dan bergilir-gilir memandu.Taklah teruk sangat begitu.Aku maintain saja memandu 100 km/j dan isteri ku juga memandu begitu.Tak perlu tergesa-gesa kerana masih bayak lagi masa.Anak bongsu ku,Muhammad Nabil Farhaan awal-awal lagi dah pun berselimut litup tidur kat kusyen belakang.Kami plak berhenti beradu di R&R Tapah.Singgah mandi dan solat Subuh di R&R Jejantas Sungai Buluh sebelum bergerak memasuki Bandaraya Kuala Lumpur.


Isteri ku dengan agenda kain batiknya sementara aku plak ke tempat favourite akulah iaitu Pustaka Mukmin dan Pustaka Minerva.Terpaksa bergerak berasingan begitu untuk memanfaatkan masa.5 buah buku aku beli pagi tu.


Di sebelah petangnya kami berpeluang turut menyaksikan perlumbaan basikal Jelajah Malaysia (JM) peringkat terakhir yang melalui Jalan Tunku Abdul Rahman tu



Selepas itu kami menaiki LRT ke Bangsar.Selain dari nak beri pengalaman kepada si Farhaan menaiki LRT,aku juga nak tunjukkan Institut Kesihatan Umum,tempat aku menjalani latihan selama 3 tahun iaitu 1983 - 1986 sebelum layak menjawat jawatan sekarang ini.Khabarnya bangunan asrama IKU itu pun hanya menunggu masa saja untuk dirobohkan dan akan dibina bangunan baru dengan kemudahan yang lebih terkini.Diketika itu nanti IKU akan hanya tinggal dalam kenangan terutamanya kepada kami yang memegang `Diploma Royal Society For The Promotion of Health (London)' ini.


Menginap di Hotel Noble dan besoknya selepas check out terus ke Shah Alam dan kemudiannya bertolak balik.Syukurlah perjalanan kami selamat pergi dan balik.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam