Langkawi Pulau Lagenda Mahsuri

Minggu ni saja dua kali aku ke Pulau Langkawi.Tujuannya sama iaitu mengahdiri kursus cuma nama kursus dan tempat penginapan saja yang berbeza.Pada 7,8,9 April,2009 untuk Kursus Update iPortal di Hotel Grand Continental dan 10,11,12 April,2009 pula Kursus Kualiti Kesihatan Awam di Hotel Langkasuka.Jarak antara kedua-dua hotel itu pun cuma dipisahkan oleh satu blok bangunan perniagaan sahaja.

Kursus yang pertama tu dihadiri atas kapasiti aku sebagai seorang Webmaster laman web rasmi jabatan dan kursus kedua atas kapasiti sebagai salah seorang ketua unit di Pejabat Kesihatan Daerah Pendang.


Sememangnya zaman IT dimana dunia telah tiada sempadan di segi hebahan maklumat (betul ke ???) laman web menjadi satu wadah yang penting untuk menghubungkan antara pemberi perkhidmatan dan pelanggan iaitu orang awam.Dengan tambahan ilmu yang diperolehi dari kursus ini aku akan cuba memberikan presentation yang terbaik di paparan http://pkdpendang.moh.gov.my/ itu dan berharap lain-lain Ketua Unit dan Ketua Bahagian di organisasi jabatan akan mahu menyalurkan informasi @ input-input yang menepati polisi Kementerian Kesihatan Malaysia.


Semasa hari terakhir Kursus Kualiti Kesihatan Awam iaitu sebelum majlis penutup aku telah memohon izin dari Ketua Jabatan untuk tampil ke depan bercakap mengenai perkara ini.Kerana tanpa kerjasama dari lain-lain anggota aku tak akan melaksanakan tanggungjawab ini kerana kekangan tugas dan tanggungjawab yang sedia ada dan lebih prioriti lagi di Unit Penyiasatan dan Pendakwaan.


Tugasan sebagai Webmaster ini lebih merupakan `sukarela' kerana minat dan niat mahu meningkatkan imej jabatan.Aku tidak mampu untuk berfungsi seperti `seorang reporter' yang berkejar ke sana sini mencari berita atau informasi untuk di upload.Aku perlukan `suapan' berita dari masing-masing unit atau bahagian yang bertanggungjawab atau terlibat dalam menjalankan sesuatu aktiviti di jabatan.Tugas ku lebih kepada editor dan uploader sahaja. Pengisian laman web ini lebih merupakan tugas dan tanggungjawab semua anggota jabatan umumnya dan ketua-ketua unit atau jabatan khasnya.


Puan Hajjah Dr. Hayati Mohd Radzi,Ketua Penolong Pengarah Kesihatan Keluarga,Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman sedang mengendalikan Kursus Kualiti Kesihatan Awam

..... peserta kursus .....

Kualiti photo teruk sebab kali pertama guna videocam.
Tak tahu nak setting lagi!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam