Ke Pulau Lagenda Lagi

Tanggal 23 April 2009 aku berada di Pulau Lagenda Mahsuri lagi.Kali ketiga aku ke sini pada bulan ni.Menghadiri Kursus Penyediaan Bahan-Bahan Pendidikan Kesihatan di Hotel Eagle Bay sehingga 25 April,2009.Kursus Penyediaan Bahan-Bahan Pendidikan Kesihatan ini memperkenalkan aku kepada perisian Adobe Photoshop CS3 dan Adobe Illustrator CS3.

Menarik sekali slot-slot kursus ini cuma jangkamasanya saja yang agak singkat berbanding dengan begitu banyak input yang hendak disampaikan oleh para fasilitator kursus.Walau bgaimana pun aku begitu berpuashati dengan sesi teori dan praktikal yang dijalankan terutamanya sesi Pengendalian Kamera Digital di GeoPark Sungai Kilim.


Semoga dengan ilmu yang diperolehi ini akan turut membantu tugasan ku sebagai Webmaster http://pkdpendang.moh.gov.my
Insha Allah!

Pemandangan di dalam Gua Kelawar

Di dalam bot menyusuri Sungai Kilim
(sesi amali teknik teknik fotografi)

Sangkar Peliharaan Ikan

Cantik pemandangan di sepanjang Sungai Kilim

Menyusur masuk ke Gua Cerita

Nampak tak burung-burung helang tu???
Pemandangan di lokasi `eagle feeding'

Sedang kusyuk mengikuti kursus

Bersama teman-teman sekursus dan juga para fasilitator

Inilah pemandu bot kami yang begitu peramah dan mesra memberi penerangan mengenai tempat-tempat menarik di sepanjang Sungai Kilim GeoForest Park.Jika anda ingin meyewa bot untuk tujuan santai bercuti atau melawat tempat-tempat menarik di kepulauan Langkawi - anda boleh hubungi beliau : Edie Ismail (HP: 0124366704)Nak pi chandat sotong pun boleh!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam