life is great!

Hidup ini memang hebat.Memang indah jika kita mahu memandang nya dengan kaca mata yang positif dan bersangka baik dengan alam sekitar kita.Menunaikan tanggungjawab dengan seikhlasnya dan mematuhi peraturan yang digariskan oleh Al Khalik,then kita tak ada apa-apa yang nak dirisaukan lagi.Jalani saja kehidupan ini dengan seadanya.

Tak perlu untuk kita berhutang keliling pinggang untuk memiliki sebuah Kompressor andainya Sunny yang kita miliki sekarang pun tak pernah mengecewakan kita untuk diajak ke mana pun.Tak perlu kita miliki rumah besar sedangkan rumah teres yang sediada sekarang ni pun bersawang di penjuru dinding kerana tak sempat nak do housekeeping.Lagi pun lastly nanti anak-anak akan kahwin dan masing-masing akan keluar dengan kehidupan sendiri,yang tinggal hanyalah kita berdua suami isteri.Time tu nak panjat tangga ke tingkat atas pun dah ketaq lutut.

So jangan bebankan fikiran kita untuk nak ada seperti yang jiran-jiran kita ada.Kita kena bijak untuk memilih priority.Mana yang kita lebih perlukan ??? a house or a home??? Tilam yang empuk,branded atau tidur yang nyenyak??? Makanan yang beranika jenis di atas meja atau pun selera yang sentiasa terbuka (kerana tak ada halangan penyakit - tak boleh makan masin kerana darah tinggi,tak boleh makan manis kerana diabetes) Still ngan isteri lama kita yang dah mula layu tu atau bersama isteri baru yang segar bugar tapi tidur malam dua tiga kali kena bangun tukar lampin dan bancuh susu anak??? Still ngan isteri tua yang garang macam harimau tu atau ngan isteri muda yang hari-hari mau (hinggakan terpaksa sibuk mencari tongkat si ali kerana tongkat sendiri pun dah kureng semangatnya)???

Aku happy dengan apa yang aku ada la ni!
Rumah,kereta,pekerjaan,isteri dan anak-anak yang sedia ada - Alhamdulillah!


Comments

  1. Walaubagaimanapun, Islam menggalakkan umatnya sentiasa memajukan diri. Tak boleh syukur dan rehat saja.

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam