ke Muzium Padi Negeri Kedah Darul Aman

Setelah agak lama tertangguh,akhirnya lebih kurang jam 10.30 pagi tadi sampailah aku & famili ke Muzium Padi Negeri Kedah Darul Aman yang merupakan antara hasil peninggalan Tan Sri Sanusi Junid semasa beliau menjadi Menteri Besar suatu ketika dahulu.

Bayaran masuk yang dikenakan ialah RM3 untuk dewasa (13 tahun dan ke atas),RM1 untuk kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah) dan RM2 untuk kamera.


Panjangnya tandan pisang tu!

Banyak juga `patung' kat sini.

Ruang lantai berputar sambil menikmati rentetan pemandangan suasana di sawah padi dan kampung-kampung melayu di pinggir sawah.Menarik sekali.


Antara lukisan pemandang sawah yang dipaparkan di sini.Mungkin tahap`maintenance' perlu diambil perhatian kerana telah kelihatan tempat-tempat yang lukisan tu dah terkoyak.

Antara peralatan pertanian padi di sawah yang dipamerkan.Satu pengalaman baru kepada anak-anak yang tak pernah kenal semua ini kerana dilahirkan dan dbesarkan di era jentera pembajak moden.

Kucing bodoh? Tak caya? Mai la tengok sendiri!


Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam