dua hari cuti seronok nyerr
2 hari bercuti.Seronoknya dapat spend masa sepenuhnya bersama keluarga.Hari pertama memandu Innova hitam tu melalui Sekolah Kebangsaan Pendang,Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang dan selepas tu ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar di Jalan Sultanah,Alor Setar.Melihat-lihat pembangunan yang telah dilalui oleh sekolah-sekolah yang pernah aku menjadi penghuninya suatu ketika dahulu.Terasa hiba juga bila terkenangkan rakan-rakan yang sama-sama nakal diketika itu yang kini entah dimana berada mencari rezeki di bumi Allah SWT.Ada beberapa orang yang telah pun berpindah ke alam baqa,Al Fatihah!.
Setelah tu barulah menghala ke Muzium Padi dan Taman Rekreasi Gunung Keriang.Tak ada apa-apa yang menarik di taman rekreasi tu kerana keadaannya terbiar (Mungkin kerana jauh dari pandangan Majlis Bandaraya Alor Setar kot).Sesuatu perlu dilakukan untuk upgrade kawasan ini supaya menjadi daya tarikan pelancung untuk kunjungan ulangan kerana value bisnes kristal ada di situ.
Perjalanan balik menghala ke Jitra pula kerana aku ingin ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (sekolah yang telah mempertemukan aku dengan isteri ku).Terima kasih `mak guard' kerana benarkan kami masuk dan meronda-ronda dalam kawasan sekolah tu.Dah banyak bangunan yang baru tetapi banyangan bangunan-bangunan lama terutamanya bangunan asrama lelaki dan kuarters guru-guru masih kekal diingatan.Terutamanya kuarters Tuan Pengetua yang disebelahnya ada pohon mangga yang bila berbuah mengecurkan air liur penghuni asrama lelaki.Tapi apakan daya,pohon tu tinggi dan disebelah rumah Tuan Pengetua plak.
Kepada semua rakan-rakan sepersekolahan di Sekolah Kebangsaan Pendang (1968 - 1973) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang (1974-1976) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar (1977-1978) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (1979-1980)- aku rindukan kalian! Tentu korang masih ingat lagi dengan nama PAK LEH.

Hari ini aku dan famili ke Kampung Banggul Berangan,Labu Besar,Kulim kerana nak ziarahi keluarga saudara sebelah mak di sana.Pak Cik dan Mak Cik masih belum `sihat' sepenuhnya sendi-sendi diorang kesan dari Demam Chikungunya.Dah sebulan lebih!
Kesempatan disana juga aku bawa Along dan Angah menziarahi pusara nenda kerana semasa arwah meninggal,Along dan Angah berada di kampus.
Comments
Post a Comment