hari keluarga pejabat kesihatan daerah pendang

Hari ni dan esok merupakan Hari Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Pendang.Tempat yang dipilih untuk berkampung ialah Cinta Sayang Golf & Country Resort,Sungai Petani.Aku mengambil kesempatan ini untuk membawa isteri dan anak-anak bercuti dan bergembira dengan program-program yang telah disedia diatur oleh AJK Hari Keluarga PKD pendang 2009.Kebetulannya ketika ini semua anak-anak ada kat rumah kerana masih dalam tempoh bercuti.


Agak awal bertolak dari rumah kerana aku bercadang nak singgah sebentar di Hasani Bookstore meninjau kalau-kalau ada bahan bacaan yang menarik.Lagi pun ketika ini Hasani Bookstore sedang mengadakan tawaran potongan harga yang lumayan.Hasilnya beberapa buah buku telah ku beli sementara anak-anak pula dengan buku latihan yang relevan dengan study masing-masing.


Isteri dan anak-anak perempuan buat window shopping sementara menantikan aku dan anak-anak yang lelaki selesai solat jumaat di Masjid Sultan Muzaffar Shah.Selepas tu barulah bertolak ke Cinta Sayang untuk check-in.Program petang ni hanyalah sukaneka,start jam 5.00 petang dan malam nanti plak Makan Malam Keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Pendang.

sukaneka - hangpa nak buat game apa ni???

acara berendam

makan malam keluarga Pejabat Kesihatan Daerah Pendang

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam