Friday, July 03, 2009

istiqamah seorang imam tua

Selesai solat tahiyyatul masjid dan niat iktikaf aku melayangkan pandangan di sekitar dalam Masjid Al-Lutpi.Jemaah mula ramai yang datang mengisi ruang kosong barisan hadapan ruang solat.Waktu ketika itu sudah menghampiri jam 1.00 petang.

Di sudut kiri pintu masuk aku nampak sesusuk tubuh tua sedang mendaki anak tangga masjid.Agak kepayahan dan seorang jemaah yang berdekatan kelihatan bangun dan memimpinnya naik dan beliau terus mengerjakan solat sunatnya.

Susuk tubuh yang ku kenali itu kelihatan uzur dan agak `sukar' untuk satu persatu melakukan pergerakan dalam solatnya.Pastinya kesan dari usia tua dan ditokok pula kesan kemalangan jalanraya yang dialaminya sehingga terpaksa tulangnya diganti dengan besi.

Terbetik dalam hati kecil ini - suatu ketika nanti ketika aku juga mencecah usia itu dalam keuzuran dan keterbatasan upaya sebegitu - mampukah aku seistiqamah seperti beliau dalam beribadah dan husnuzon terhadap ketentuan Illahi.Sedangkan bezaan ilmu dan iman antara aku dan beliau ibarat langit dan bumi.Beliau seorang bekas Imam dan aku pula masih teraba-raba mencari jati diri sebagai hamba Allah yang memburu makrifatullah!


No comments:

Post a Comment