safar ku mencari mardatillah,Insha Allah!
Hari demi hari silih berganti.Berlalu pergi dan tidak akan kembali lagi.Yang tinggal hanyalah kenangan yang akan menjadi sejarah hitam putih kehidupan ini dan baki usia yang semakin pendek.Semakin mendekatlah ke titik akhir yang bernama kematian.Jika ketika kelahiran kita diazankan dan ketika menjadi jenazah kita disolatkan - beza jarak masa yang singkat antara azan dan solat itu sebenar-benarnya mengggambarkan betapa singkatnya usia kehidupan kita di dunia ini.Singkatnya kehidupan `sementara' yang diizin oleh Allah SWT untuk kita menghuni di dunia ini.Dunia yang tuannya ialah Allah SWT bukannya mana-mana kaum atau bangsa pun yang ada di dunia ini.Kita hanyalah bertaraf hamba dan betapa beruntungnya kita yang walau pun hanya hamba kita tetap bebas bergerak dan berbuat apa-apa dan berkata-kata.Tidak seperti hamba kepada manusia yang menjadi amalan di zaman silam ketamadunan manusia.Bersyukurlah!
Ketika usia ini makin meningkat dan semakin menghampiri penghujungnya - pandangan semakin kabur pendengaran semakin berkurang - ertinya sedikit demi sedikit nikmat Allah SWT sudah mula ditarik balik.Sebagai peringatan bahawa semua itu hanyalah pinjaman dan bila-bila masa sahaja akan diambil balik.Begitulah juga nyawa ini.Andai ketika ini diambil balik lalu kita menjadi jenazah ... apakah kita telah bersedia untuk itu semua?
Detik ini aku bangun berdiri sebagai insan baru.Menggalas azam dan tekad baru.Seorang JUARA yang baru dengan misi utama menggapai keredhaan Allah SWT.Insha Allah!
Telah ku kemaskan laci-laci meja kerja ku di rumah dan ofis.Telah ku keluarkan dan lupuskan semua yang `tidak perlu' yang selama ini mengisi ruang dan menjadikan laci-laci meja ku sesak dan semak.Biarlah ketika ini laci-laci itu kelihatan lapang dan tidak berserabut dan berhabuk.
Begitulah juga laci-laci di hati dan minda fikiranku.Telah ku sisihkan `kenangan-kenangan' silam yang membebankan fikiran.

Detik ini aku berdiri dan akan melangkah.Terus melangkah dan melangkah gagah seorang JUARA.Insha Allah - aku yakin dan pasti BERJAYA!
Usrah: Surah Al-Mukminun 1 -
Comments
Post a Comment