lalu berubahlah persepsi diri ku
Hari Sabtu 1 Ogos,2009 sekitar jam 3.30 petang sedang aku berjalan-jalan di Jalan Tungku Abdul Rahman.Suasana sekitaran ketika itu tenang saja walau pun ramai orang yang berkumpul di sana sini.Begitu juga kelihatan anggota POLIS yang berkumpul bersama dengan deretan kenderaan jabatan mereka.Turut menjadikan suasana sibuk kerana di lorong belakang adalah pasar malam.
Kemelut manusia ketika itu tak aku pedulikan.Urusan ku ialah nak ke kedai-kedai buku yang ada disepanjang jalan itu.Meninjau dan melihat kalau-kalau ada buku yang menarik untuk dibeli sebagai santapan minda.
Sedang aku berjalan,tiba-tiba aku mendengar suara orang memekik "lari.....lari".Ketika terpinga-pinga itu pancutan air kimia mula meluncur datang.Sempat aku berlari bersembunyi disebalik tiang besar bangunan kedai kat situ.(Pintu-pintu kedai dah ditutup sekelip mata - aku tak sempat nak menyelinap masuk seperti beberapa orang lain yang berkesempatan).Mata mulai pedih.Kering kerongkong dan sesak nafas.Aku merasakan semakin sukar nak bernafas.Seorang tua yang bersama ku berkongsi berlindung disebalik tiang itu ku rasakan turut menderita kepayahan.Aku tak dapat membantu apa-apa kerana aku sendiri pun telah tercungap-cungap kelemasan.
Kenderaan berwarna merah yang menyembur air kimia itu telah pun berlalu pergi tetapi bahana yang ditinggalkannya tetap terasa.Aku mengambil keputusan nekad - aku mesti segera berlari keluar dari tempat itu.Mencari tempat lain yang lebih fresh udaranya kalau tidak mungkin aku akan jatuh kelemasan di situ.
Aku berlari menghala ke lorong belakang ke arah kawsan pasar malam.Dalam pandangan mata kepedihan - sesorang yang berada ditepi lorong itu menghulurkan garam dan menyuruh aku memakannya.Aku ikutkan saja arahannya dan kesannya aku terasa `lega' sedikit bernafas dan mata pun semakin kurang pedih.Lebihan garam yang ada ditangan ku hulurkan kepada tiga orang mak cik yang sama-sama berlari sambil mulutnya becok bertanya `apa pasal diorang buat macam ni'.Aku sekadar menjawab `mak cik makan garam ni cepat'
Berada dalam kelompok awam yang ramai di kawasan pasar malam itu,mendengar luahan rasa mereka yang pro dan kontra dengan insiden ini - telah mengubah persepsi diri ku walau pun aku bukanlah politician.Mengubah cara fikir ku untuk menilai yang tersirat dari yang tersurat.Mencari-cari makna `kezaliman'.
Pilu hati ini melihat seorang penjaja air yang menitis air mata bila bekas minuman jualannya di pasar malam itu pecah berlubang terkena peluru gas pemedih mata.Terjejas sumber rezekinya!Sedangkan dia berniaga di tempat awam.Terusik hati melihat anak-anak kecil yang tak mengerti apa-apa menangis dek pedih mata.Melihat mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik tua yang termengah-mengah sesak nafas Sedangkan ketika itu mereka semuanya berada di tempat awam yang tak ada kena mengena dengan perhimpunan anti-ISA itu.
Apakah ini juga tergolong dalam maksud `matlamat menghalalkan cara' oleh pihak yang dipinjamkan kuasa hanya secara sementara sahaja oleh Allah SWT itu??? Sedangkan doa dari orang-orang yang teraniaya tiada hijabnya di sisi Allah SWT.Wait and see `KUASA ALLAH SWT'
Kiranya kesan dari gas pemedih mata dan semburan air kimia dari lembaga merah sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman itu mengambil masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya.Walau pun mata dah tak pedih,kerongkong dah tak perit,nafas pun dah selesa namun sendi-sendi rasa lenguh sangat terutamanya sendi bahu.Rasa macam nak luruh jerr lengan tu.Entah laaa Malaysia ku.
Aku decide untuk tidur awal malam tu untuk pulihkan tenaga kerana esok pagi nak drive Shah Alam dan petangnya pula nak drive balik ke Pendang.

Comments
Post a Comment