Monday, August 31, 2009

merdeka! merdeka! merdeka!

Selamat Hari Merdeka,Malaysia!

Dah pun 52 tahun negara ku merdeka.Merdeka dari pentadbiran direct dari penjajah.Tak ada lagi pegawai-pegawai yang berbangsa inggeris memerintah negara ku.Diambil alih oleh anak-anak watan walau pun ada sesetengahnya mentaliti penjajah masih ada.Begitulah besarnya pengaruh `pendidikan' dalam kehidupan ini.Pelapis-pelapis yang akan mengambilalih pemerintahan negara telah dihantar untuk dididik di negara-negara penjajah.

Begitu jugalah kesan dari sistem pendidikan hari ini kepada mentaliti anak-anak kita yang kelak akan mengambilalih pemerintahan negara.Jika Laksamana Hang Tuah dihidupkan semula - apakah dia akan tetap mempertahankan kata-katanya dulu `tak kan Melayu hilang di dunia' itu???

Aku mengimpikan sebuah negara merdeka yang aman.Aman menjalani kehidupan seharian tanpa dicemari oleh kejadian-kejadian yang menakutkan.Setiap hari ada saja berita-berita pembunuhan dan kaedah pembunuhan itu semakin hari semakin tragis,semakin ngeri dan semakin menjauhi tahap ketamadunan manusia.

Wahai pemimpin-pemimpin negara ku yang tercinta ini - dengan kuasa yang kalian ada,lakukanlah sesuatu agar nyawa rakyat tidak menjadi semakin hari semakin murah.

No comments:

Post a Comment