seminar kualiti kebersihan makanan
Pagi tadi telah pun berlangsung Seminar Kebersihan Makanan yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Jabatan Kesihatan Negeri perlis di Auditorium Kolej Kejururawatan Alor Setar.Para jemputan terdiri dari anggota jabatan kerajaan dan juga organisasi swasta yang terlibat dalam pengendalian makanan pemantauan kualiti makanan kepada pelanggan.Penceramah-penceramah pula memperkatakan mengenai isu-isu berkaitan keselamatan makanan,Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan juga isu keracunan makanan.
Aku tertarik dengan isu yang dilontarkan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Awam Negeri Kedah,Dr. Shahidan Hashim semasa beliau memberi ucaptama dan meresmikan majlis bagi pihak Dato' Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.
Manusia yang maju dan canggih dibidang teknologi masa kini masih belum mampu mencipta `pembungkus makanan' seperti mana yang dicipta oleh Allah SWT.Pembungkus makanan ciptaan manusia tidak akan berubah hari ini,esok atau lusa sedangkan isi kandungan dalamnya pasti dah berubah,dah basi,tak boleh dimakan dan sebagainya.Bandingkan dengan kulit pisang (contohnya)- kulit itu adalah pembungkus isi pisang.Esok lusa tulat kulit pisang tu akan berubah warna sebagai indicator keadaan isi dalamnya sehinggakan suatu masa kita dah tahu isi pisang tu dah tak boleh dimakan walau pun kita tak buka pun pembungkus (kulit)nya.Itulah cabaran teknologi Allah SWT untuk manusia memikirkannya atau pun mencuba untuk meniru kaedah sebegitu mudah-mudahan kualiti makanan manusia dapat dipertingkatkan lagi.

Comments
Post a Comment