ustaz kazim elias al hafiz
Petangnya setelah si Farhaan balik dari sekolah,aku bersama famili bertolak ke rumah mertua di Kepala Batas,Alor Setar.Program malam ini ialah menghadiri ceramah ugama di Masjid Syarifah Fatimah di Kamunting,Jitra.Farah dan Farhaan akan ditinggalkan di rumah mertua sementara isteri dan anak-anak yang lain akan bersama ku ke sana.
Daya tarikan utama untuk hadir ke majlis ilmu ini ialah kerana nama Ustaz Kazim Elias Al Hafiz itu sendiri.Jika selama ini kami hanya berpeluang mendengar ceramah beliau melalui CD @ VCD sahaja.Ini adalah peluang untuk mendengar dan melihat beliau secara `live' menyampaikan ceramah ilmu beliau dan berpeluang berkongsi pahala iktikaf dan majlis ilmu bersama ratusan jemaah yang lain di masjid tersebut.
Tajuk ceramah beliau ialah `Puasa atau Dosa'.Alhamdulillah,dalam suasana yang santai disulam dengan joke yang releven dengan isu yang disampaikan,beliau berjaya menguasai majlis dan aku berpuashati dengan apa yang aku dapat dari menghadiri majlis tersebut.Aku dapat apa yang aku nak!
Seperti mana yang kita mahu berlakunya peningkatan dalam kualiti kehidupan seharian kita begitu jugalah yang kita kehendaki dalam peningkatan kualiti ibadah kita.Ertinya ibadah kita hari ini kualitinya lebih baik dari semalam dan hari esok akan lebih baik dari hari ini.
Untuk tahu apa kelemahan atau kekurangan yang sedia ada masa kini dan apa yang perlu kita lakukan untuk upgrade kualitinya - kita perlu MUHASABAH DIRI dan BERAZAM untuk BERAMAL dengan IKHLAS dan ISTIQAMAH ibadah yang sentiasa semakin berkualiti dari masa ke semasa.Langkah ke lima yang mampu kita lakukan ialah `BERSERAH @ BERTAWAKKAL' kepada Allah SWT agar arRahman dan arRahim Nya akan mengurniakan kita `markah yang sentiasa meningkat' terhadap amalan yang kita lakukan itu dan tercatat indah di dalam buku rekod amalan kita,Insha Allah!
MUHASABAH
BERAZAM
BERAMAL + IKHLAS
ISTIQAMAH
TAWAKKAL

Comments
Post a Comment