kisah malik bin dinar

Nama Malik bin Dinar tidaklah asing lagi jika kita merujuk kepada kisah-kisah tauladan di zaman Rasulullah SAW.Seorang insan yang terkenal dengan tabiat buruk dan melakukan pelbagai dosa besar sehinggakan sukar untuk beliau menikahi mana-mana wanita pun di zaman itu.Akhirnya pilihan yang ada ialah berkahwin dengan seorang hamba sahaya sahaja.Wanita yang lebih berkedudukan tidak sudi bersuamikan beliau.

Masa berlalu dan hamillah siisteri.Gembiranya Malik bin Dinar kerana akan bergelar bapa.Namun tak lama bayi perempuan itu menjadi penghuni dunia ini ia pun kembali ke rahmatullah.Malik teramat sedih dan sering menangisi nasibnya.

Suatu malam ia bermimpi yang amat menakutkan.Dia dikejar oleh suatu lembaga yang besar dan menakutkan.Lembaga itu mengancam beliau dan beliau terus berlari tetapi di hadapannya terbentang satu lembah yang luas dipenuhi oleh api yang sedang marak menyala.Apa yang nak dilakukannya untuk menyelamatkan diri???

Kelihatan seorang tua yang berdiri di tepi lembah itu.Katanya pada Malik "sesungguhnya aku ingin sangat menolong mu,tapi aku sangat lemah dan tak berdaya" Malik semakin takut dan tak tahu bagaimana nak menyelamatkan diri.Diketika itulah ia melihat seorang anak perempuan yang berpakaian serba putih datang menghampiri beliau.

Malik bertanya "siapakah kamu"."Akulah anak perempuan mu yang meninggal dunia itu,aku akan cuba membantu untuk membawa mu ke syurga"

Malik bertanya lagi "siapa lembaga hitam itu?" "Itulah dosa-dosa yang bapa lakukan semasa di dunia yang akan mengejar bapa sehingga memasuki neraka""Siapakah orang tua itu""Itulah amal kebaikan yang bapa lakukan di dunia,terlalu sedikit untuk membawa bapa ke syurga"

Bila tersedar dari mimpi,Malik begitu terkesan dengan mimpi itu dan membawa perubahan yang total terhadap gaya hidupnya zahir dan batin,rohani dan jasmani sehingga menjadi antara personaliti yang berperanan besar membantu perkembangan dakwah ugama Islam.

Sekadar untuk menungan dan ingatan diri sendiri dan pembaca sekelian :

Jika diusia 40an pun kita masih belum dapat berubah menjadi `insan yang baik dan beriman' ertinya totally kita dah pun dikuasai oleh iblis dan syaitan.Bersedialah untuk menjadi ahli neraka jahannam.Fikir-fikirkan...............

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam