selamat hari raya aidil fitri 20092009
1 Syawal 1430 bersamaan 20.09.2009 - hmmm angka yang menarik tu.Aidil Fitri 20092009.Cantik! Cantik!
Tapi angka tetap angka yang membawa pengertian yang berbagai kepada setiap individu.Ada orang yang begitu teruja dengan angka-angka menarik gini untuk sumber pelaburan.Kena tak pa tak kena tinggai celepa.Dah usaha tapi tak dak rezeki nak buat lagu mana .... Astaqfirullah!
Ghaya ghaya pun hangpa buat kerja juga??
Usaha bang.....usaha ....cari duit ghaya ... ish! ish! ish!
Usaha bang.....usaha ....cari duit ghaya ... ish! ish! ish!
Teringat aku zaman dok sekolah lagi.Ada eksiden dekat simpang 3 Masjid Pendang.Masa tu Pasaraya Pendang tu tak dak lagi.Seingat aku tang tu ada Dewan Orang Ramai dan ada kot sepak raga.Aku plak masa tu dok kayuh gerek nak pi sekolah.Eksiden antara motor dengan apa ntah la dah lupa.Orang pun berkerumun sakan la nak tengok sapa yang eksiden tu.
Aku ni tertinjau-tinjau dari belakang.Nak tengok tak nampak,nak masuk dekat tak dak ruang nak menyelit.Celah-celah tu aku terdengar la perbulan camni;
A : ambik nombot moto tu....ambik nombot moto tu....pi tikam.
B : nak tikam lagu mana.....toke ekoq yang eksiden tu....mati dah pun!
B : nak tikam lagu mana.....toke ekoq yang eksiden tu....mati dah pun!
Itu nostalgia zaman silam.Masa tu area Pendang Lake Resort tu hutan banat lagi.Orang yang hati kering saja yang berani pi mengail di paya tu (lake tu laaa).
Berbalik kepada cerita hari raya tahun ni.Jam 8.15 pagi aku dan Angah dah bertolak ke Masjid Al Lutpi.Pokok Hampar.Lewat seriau tak dak tempat plak maalomlah solat raya ni ramai jemaahnya.Jam 9.00 solat bermula.Khutbahnya pula antara yang menarik untuk peringatan semua ialah pengahayatan kita bahawa hari raya aidil fitri ini adalah syariat ugama dan bukannya budaya.Maksudnya kita ada tatacara kita sendiri macam mana nak merayakannya dan bukannya sama kaedah kita merayakan lain-lain perayaan.Dengan isu pakaian mendedahkan aurat dan pergaulan bebas atas tiket `hari ghaya'.Malah haram untuk kita umat Islam turut serta merayakan hari-hari perayaan ugama lain.Peringatan dari khutbah ini juga ditujukan kepada anak-anak gadis dan isteri-isteri supaya membuktikan kasih sayang mereka kepada si bapa dan si suami dengan cara berpakaian menutup aurat kerana semua dosa itu akan dipertanggungjawabkan kepada si bapa dan si suami di akhirat nanti.Apalah maknanya bila kita melafazkan kasih sayang kepada si bapa,kepada si suami sedangkan pada masa yang sama kita menyediakan sebuah `penyiksaan yang maha dahsyat' kepada mereka di akhirat nanti.
Suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat dianggap `dayus' dan Rasulullah SAW telah memberi amaran bahawa orang yang dayus adalah bukan `ummat Ku'.So ummat siapakah suami yang kita cintai,yang kita sayangi itu ???? Mungkin ada beberapa faktor kelemahan si suami yang menyebabkan dia gagal untuk menegur atau membetulkan si isteri.Namun pengorbanan si isteri untuk membuktikan cinta sejatinya di sini mampu untuk membantu menyelamatkan si suami dari azab neraka.
Ok stop kat sini dulu....nak beraya ke rumah mak pak then ke rumah mertua plak.
Kepada semua sahabat-sahabat dan teman-teman siber,di sini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,Maaf Zahir dan Batin.
Syawal adalah bulan kemerdekaan.Mari kita mengisi kemerdekaan ini dengan terus menjalani kehidupan ini dengan semangat yang sama dari Madrasah Ramadhan.
Comments
Post a Comment