3 hari 2 malam outstation
Oleh kerana area yang kami nak pi tu agak asing - tak pernah sampai lagi kat situ sebelum ini,kami memilih untuk mencari penginapan di mana-mana hotel sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman @ Jalan Masjid India saja.
Hampir jam 6.30 petang kami pun sampai di Jalan Masjid India.Alamak....jamm giler! Tak sangka plak kat situ dah didirikan gerai-gerai sementara untuk jualan bahan-bahan keperluan menyambut Deepavali.Orang ramai betul.Hampir setengah jam berdenyut-denyut bergerak kat situ barulah dapat tempat parking di hadapan Restoren Yassin tu.
Hotel plak fully booked kerana esok akan ada perhimpunan UMNO.Menapak dari satu hotel ke hotel mencari penginapan, akhirnya dapat juga kat Hotel Jackt.Itu pun setelah Receptionist hotel tu membatalkan dua tempahan kerana dah jam tujuh setengah lebih pun si penempah tu belum melapurkan diri. Dapatlah 2 bilik.Aku ngan Fizi.Bang Di ngan Asri.
Dengan bantuan rakan-rakan di Klinik Kesihatan Jinjang dan Balai Polis Jinjang,kami berjaya mencari dan sampai ke lokasi premis yang menjadi matlamat. Syukurlah segalanya berjalan lancar dan kami berjaya melaksanakan misi atau tugasan kami sebagaimana yang dirancangkan.Terima kasih kepada rakan-rakan semua kerana banyak membantu.
Pagi 15.10.2009 akan bertolak balik ke Pendang.Singgah pekena nasi campur kat Kedai Makan Syam depan Balai Polis Bidor,Perak.Aku makan nasi putih + kari kepala ikan bawal + sayur lemak cili api jantung pisang.Sedapppp dan murah jerr !!!
Memanglah murah betul rezeki kami berempat time tu.... sudah makan dijamu plak ngan koi ghaya.Fullamak yop oiii hujung-hujung syawal gini makan koi ghaya camni ni sentimental betoiii.Ada tat nenas,kui beras, conflake ngan ....apa ntah nama koi yang lagi satu tu...masing-masing tak tau namanya tapi bantai sampai licin .... hehehehe terima kasih bebanyak yerr kak....Sedap!
Comments
Post a Comment