Saturday, October 10, 2009

anak kecil main api

Warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara



teringat ..... betapa bersemangatnya ketika menyanyikan lagu itu beramai-ramai di Kem Bina Negara kat Melaka suatu ketika dulu.

harapan kini dan selamanya ..... agar Melayu akan tetap gagah di Nusantara dan gagah melangkah sebagai ummah yang berkualiti mengadap ke pengadilan Illahi.Apalah gunanya di dunia ini,di nusantara ini kita gagah tapi nun di sana,di akhirat nanti kita rebah.

Bertanyalah kepada diri kita sendiri sejujurnya dan penuh tanggung jawab - siapakah yang memberikan `api' kepada `anak kecil' itu ????

`Anak kecil' tak akan mampu,tak akan tahu mengambilnya sendiri kalau kita yang lebih dewasa,yang lebih berusia,yang lebih tua ini tak memberikannya `api' itu !!!

No comments:

Post a Comment