hari keluarga smk syed ibrahim
Hari Keluarga Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ibrahim,Padang Pusing,Pendang di Dusun Minda Resort,Kuala Nerang.Sambutan tahunan pada tahun ini hanya dapat dihadiri oleh aku,isteri,Farah dan Farhaan saja.Cuma itu saja yang ada kat rumah time tu. Sambutan dari warga SMKSI amat memberansangkan.Juadah jamuan juga menyelerakan.
Ketika anak-anak sibuk melayan rasa di kolam mandi dan ibu bapa yang mengawas anak-anak sedang mandi manda sibuk melayan isu-isu semasa untuk dibualkan,aku lebih banyak menghabiskan masa menapak ke sana-sini di kawasan DMR itu menikmati keindahan fauna dan flora.Indahnya alam ciptaan Mu,Ya Rabbi!
Inilah antara sudut pandangan alam maya ini menerusi lensa kamera ku
kolam memancing ikan
di alam kanak-kanak dulu,daun duit-duit inilah yang digunakan sebagai duit (wang) semasa main pondok-pondok @ masak-masak. Aku selalunya jadi ayah laa sebab badan besar sikit dari yang lain.....hmmmm saper ek yang jadi mak masa tu....lupa la plak!
Ketika anak-anak sibuk melayan rasa di kolam mandi dan ibu bapa yang mengawas anak-anak sedang mandi manda sibuk melayan isu-isu semasa untuk dibualkan,aku lebih banyak menghabiskan masa menapak ke sana-sini di kawasan DMR itu menikmati keindahan fauna dan flora.Indahnya alam ciptaan Mu,Ya Rabbi!
di alam kanak-kanak dulu,daun duit-duit inilah yang digunakan sebagai duit (wang) semasa main pondok-pondok @ masak-masak. Aku selalunya jadi ayah laa sebab badan besar sikit dari yang lain.....hmmmm saper ek yang jadi mak masa tu....lupa la plak!
Comments
Post a Comment