Sunday, October 25, 2009

catatan di jalan tunku abdul rahman 1

Sekitar jam 10.30 malam 23.10.2009 bermulalah perjalanan ku ngan isteri dan si bungsu Farhaan ke Kuala Lumpur.Isteri dengan urusannya kat Jalan Tunku Abdul Rahman tu sementara aku lebih kepada nak bercuti - nak rehatkan minda dan menjamu mata ngan pemandangan alam sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Seperti biasa dimulakan dengan bacaan doa menaiki kenderaan oleh Farhaan,diaminkan dek aku dan isteri,Innova hitam tu pun bergerak laaa.Berhenti tidur kat R&R Bukit Merah dan R&R Tapah.Keluar ke Bandar Tanjung Malim untuk sarapan pagi.

Kali pertama aku sampai dan meronda-ronda kat Bandar Tanjung Malim tu - tak sangka betul yang bandar tu kecil jerr dan macam tersisih dari pembangunan masakini sedangkan kalau diambil kira dengan sejarah dan lagenda MPSI yang kini UPSI tak sewajarnya status bandar Tanjong Malim ditahap itu.

Seperti biasa,port kami sekarang ni kalau ke KL ialah menginap di hotel ni.Pic ni aku ambil pagi ahad sebab tu sunyi jerr.Syok nyerr kat hotel ni ialah Penyambut Tetamu kat kaunter tu,En. Hassan orang Gunung Keriang,Alor Setar.Untie cleaning bilik plak orang Kobah.Dapat gebang-gebang ngan depa .... terlupa plak kata time tu dok ada di KL


Seronok jalan-jalan riadah sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman tu di pagi minggu.Sunyi jerr.

Awal tahun 80an - masa tu aku masih lagi dalam latihan kat Institut Kesihatan Umum (IKU) Jalan Bangsar,Kuala Lumpur - nama Globe Silk Store time tu cukup gah.Sapa-sapa yang turun ke KL kalau sebut shopping kat Globe tu rasa macam besaq sangat.Buka jam 10.00 pagi dan jam 6.00 petang dah tutup.Hebat tu!

Aku plak & the gang selalu ke situ bukannya nak shopping tapi kerana kat tingkat 3 atau 4 (lupa dah!) ada satu restoren yang kat dinding kelilingnya dibina akuarium so makan sambil tengok ikan berenang-renang dalam akuarium tu ... feeling semacam best sangat

Lepas makan pi window shopping kat Komplek Pertama atau pun Campbel.Masa tu itu jerr laa yang ada.Kalau rajin menapak laa sampai ke Chow Kit tengok orang jual ubat kuat hehehehehe !!!


Inilah hero bongsu aku,Mohammad Nabil Farhaan - mak aku kata camni laa muka aku masa aku sebaya ngan umur gini.Hensem tak ???

1 comment: