Sunday, October 25, 2009

catatan di jalan tunku abdul rahman 2


Jalan-jalan bersama Nikon Coolpix merakamkan slot-slot alam Bandaraya Kuala Lumpur yang menarik.Korang agak kat mana aku ambik pic2 ni semua ???


Melangkah masuk ke Mydin,orang ramai betul walau pun baru sekitar jam 10.00 pagi Ahad.Tak ada rancangan nak beli apa-apa, sekadar nak window shopping jerr.Time nak melangkah naik escalator,terasa bahu ku di cuit seseorang.Terkejut laa juga aku - rupanya pekerja Myden tu (macam Bangla jerr)ngan karung plastik kat tangannya terus menyarung membungkus kamera yang aku sandang tu."No picture aaaa" katanya.

Aku senyum jerr.Tak dak pekdah nyerr aku nak ambik gambar kat dalam tu.Kalau nak ambik pun masih ada peluang lagi - dalam poket ada henpon yang ada kemudahan kamera.Aku rasa 90% orang lain kat dalam Mydin tu ada henpon berkamera so larangan tak bagi ambik gambar tu dah tak sesuai lagi.


Kat bahagian peralatan jemaah haji aku tengok orang ramai - rupanya Mydin buat offer untuk barangan keperluan jemaah.Sambil sembang-sembang ngan beberapa orang pembeli yang kalut shopping last minute nak ke Tanah Suci beberapa hari lagi,aku pun beli juga laa barang-barang seperti kat bawah ni .... hmmm nak ambik feel!!!

Baju Sejuk,Kain Serban,Jubah dan Beg Sejadah

No comments:

Post a Comment