cd cetak rompak bacaan Al Quran ???

Pagi tadi aku ke Pekan Nat Kilang Kecil.Tujuan utama ialah nak window shopping jerr.Isteri dan anak-anak dah ditugaskan untuk beli apa-apa yang patut untuk dimasak makan hari ni.

Bersama ku ialah sibongsu,Muhammad Nabil Farhaan.Selepas membeli apam balik sebagai makanan jajannya,aku pun merayau-rayau disekitar pekan nat tersebut.Tersentuh hanti mendengar kelunakan suara membaca Ayat-Ayat Suci AL-Quran menarik aku untuk singgah di sebuah gerai yang menjual buku-buku dan cd ugama.

Selepas bertanya mengenai cd yang sedang dipasangsiarnya itu,aku ditunjukkan sekeping cd bacaan Al-Quran oleh Qari Kecil Muhammad Taha Al-Junayd.Cuma RM5.00 saja sekeping.

Sambil menunggu isteri dan anak-anak yang masih belum selesai shoppingnya,aku memasang cd tersebut - menikmati kelunakan suara si pembaca sambil membelek-belek cover cd tersebut.

Terbetik persoalan di hati kecil ku - apakah hukumnya menjual cd cetak rompak bacan ayat-ayat sucii Al-Quran sebegitu.Perniagaan adalah bidang atau sumber ekonomi atau pendapatan yang mulia.Memasarkan produk ugama sebegitu pasti mulia kerana membantu usaha dakwah namun jika produk yang dipasarkan itu tidak mengikut saluran yang wajar,bagaimanakah pula kaedah hukum hakamnya pendapatan dari sumebr jualan itu.

Bagaimanakah hubungan bayaran ganjaran atau royalti kepada sipembaca itu dan juga syarikat yang menerbitkanya diperingkat asal.Lunaskah tuntutan itu atau syarikat itu dan sipembaca itu telah memberi blanked approval untuk sesiapa saja bebas mebuat salinan dan menjualnya???

Bagaimana pula dengan aku yang membelinya???

Tujuan asal ku membelinya adalah mulia namun apakah aku juga dikategorikan sebagai subahat dalam `urusan jualbeli' cd cetak rompak ini???

Aku masih keliru !!!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam