sekolah kebangsaan pendang

Hari ni Sekolah Kebangsaan Pendang beraya sakan.Di bulan Syawal ini dimeriahkan dengan program-program kesyukuran sempena selesainya pembinaan bangunan baru sekolah dan mula digunakan.Bangunan baru yang mampu untuk menampung bilangan pelajar yang ramai untuk satu sesi sahaja.Tamatlah sudah persekolahan 2 sesi di sekolah ini.

Sayangnya kerana hambatan tugasan pejabat aku tak dapat meluangkan masa untuk turut sama memeriahkan program-program yang dianjurkan pada hari ini.Terutamanya pada majlis bacaan Yassin.

Aku cuma berkesempatan untuk turut serta hanya pada program sebelah malamnya sahaja.Iaitu ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias Al Hafiz,Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah,Manjoi,Perak.


Fokus utama ceramah beliau berkisar mengenai `tahap' kita menjaga Allah SWT supaya Allah SWT juga akan menjaga kita.Sejauh manakah kita menyayangi Allah SWT supaya Allah SWT juga akan menyayangi kita dan menjauhkan kita dari segala bala bencana.

Bagaimana kita masa kini berdepan dengan masalah kemalangan jalan raya,masalah moral remaja,masalah disiplin pelajar-pelajar sekolah yang semakin membimbangkan sedangkan cara kita mencari jalan penyelesaian tak sedikit pun berpegang kepada `tali Allah SWT'.Lalu kemanakah penghujung jalan penyelesaian itu - apakah kita akan ketemu jalan penamatnya ataukah kita akan berdepan dengan persimpangan yang semakin bercabang-cabang???

Kita diseru melalui media cetak atau media eletronik supaya berhati-hati dijalan raya,memakai tali pinggang keselamatan, memakai topi keledar malah ada setesyen minyak yang menyediakan minuman untuk menghilangkan mengantuk pemandu di lebuhraya namun bilangan kehilangan jiwa dan kemalangan terus bertambah.

Mengapa media cetak atau media eletronik tidak menyeru agar pemandu-pemandu sebelum memulakan perjalan membacakan doa menaiki kenderaan dan diaminkan oleh penumpang-penunpang yang lain....kenapa tak dibuat begitu???

Kita lebih percayakan perlindungan tali pinggang keledar,topi keledar dsbnya dari perlindungan Allah SWT - lalu bala pun tiba dengan berlakunya kemalangan jalanraya.

Begitu juga halnya dengan kawalan penyakit terutamanya masa kini H1N1.Kita diseru dengan etika basuh tangan,etika bersin/batuk, etika pengasingan dalam rumah dan memakai tutup mulut.Kemana perginya doa menghindar penyakit yang diajar oleh Rasulullah SAW??? Kenapa di tv tak disiarkan doa tersebut agar mudah diikut amal oleh orang ramai???

Kita lebih yakin kepada method-method lain daripada Sunnah Rasulullah SAW sendiri.Lalu janganlah dikesali andai bala ini berterusan......

Kesimpulannya,betapa kita semakin menjauhi Pencipta kita bila kita merangka apa saja kaedah untuk menyelesaikan masalah sekeliling kita.Kita lebih menyakini pendapat dan buah fikiran bijak pandai kita dari mengkaji Firman Allah SWT dan Sabda Rasulullah SAW.

Kita perlu kembali kepada FITRAH dan hakikat ISLAM IS A WAY OF LIFE

hmmm kat sini aku titipkan satu petua dari Ustaz Kazim untuk diamalkan oleh ibu bapa yang bermasalah dengan anak-anak yang terlalu keras hati @ out of control.Semoga hati yang keras mati itu akan menjadi lembut dan mahu menerima nasihat.Boleh juga jika isteri atau suami anda yang keras hati itu mahu dilembutkan.

Ambil beras dan air mineral.Bacakan Surah Al Fatihah sebanyak 100X selama 7 hari.Boleh dilakukan 20X setiap kali solah ferdhu,jadi jumlahnya akan 100X lakukan berterusan selama seminggu.

Masakkan nasi + air mineral itu dan berikan anak,suami atau isteri kita makan.Insha Allah,hatinya akan lembut dan kita akan dapat membentuknya semula dengan penuh hikmah ke jalan kebaikan. Cubalah......

Hampir jam 11.30 malam aku bergerak keluar meninggalkan kawasan sekolah dan ternyata dah tak ada lagi sisa-sisa bangunan lama nostalgia zaman persekolahan aku dulu.Semuanya telah berganti baru dengan bangunan konkrit.Tak ada lagi bangunan kayu!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam