anak-anak AlWadi,aku rindukan kalian !!!

Masih lagi awal pagi.Baru jer jam 4.00 pagi aku dah pun terbangun. Sukar nak memejamkan mata semula.Plan nak tidur lama skit (sebab hari ni ngan esok cuti) tak menjadi juga.Lantas bangun masuk bilik study dan on pc.Kadang-kadang tu on pc pun semata-mata nak dengar radio jerr

Entah mengapa hati ini teringatkan anak-anak AlWadi.Dah agak lama aku tak ke sana.Pasti sebab itu aku rindukan mereka.Aku mesti ke sana juga dalam waktu yang terdekat ini,sekurang-kurangnya sebelum 2009 ini berakhir,Insha Allah!

Hanya tinggal lebih kurang 37 hari saja lagi tahun 2009 ini - bagaimana dengan azam tahun baru ku yang dipateri semasa penghujung tahun 2008 dulu ???

Menilai diri sebagai seorang anak,sebagai seorang suami,sebagai seorang abah,sebagai seorang anggota masyarakat,sebagai seorang anggota jabatan kerajaan dan yang paling paling paling penting aku sebagai seorang hamba Allah SWT yang tugas utamanya di dunia ini ialah :(Surah Adz Dzariayat : 56)

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali mereka menyembah kepada Ku"

Sambil menghirup Susu IgG-Plus (minuman ku disetiap awal pagi bila bangun dari tidur) hati ini ligat memikirkan satu persatu tugas dan tanggungjawab ku sebagai semua itu - apakah aku telah melaksanakannya ??? jika telah dilaksanakan,apakah aku berpuashati dengan nilaian @ kualiti perlaksanaannya itu ???

Aduhaiiii dengan iman dan amal yang tipis - penuh di sana sini kekurangan dan kelompangan dalam kehidupan ini.Masih amat amat amat jauh dari kualiti perlaksanaan yang ditetap nilainya oleh Allah SWT.

Ku capai sehelai kertas kosong.Ku tuliskan tajuknya SDA (Single Daya Action) dan ku senaraikan satu demi satu apa yang nak ku lakukan di baki masa beberapa hari yang masih berbaki di tahun 2009 ........ anak-anak AlWadi,aku rindukan kalian!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam