bila raya hari jumaat !!!
Syukurlah kerana Hari Raya Aidil Adha dapat disambut dalam corak suasana alam yang cerah.Tak ada tanda-tanda redup hujan nak turun seperti hari-hari yang sebelumnya,so dapatlah leluasa berziarah beraya.
Jam 9.00 di Masjid Al-Lutphi Pondok Hampar,khutbah bermula. Intisari khutbah berkisar dengan kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. dan Nabi Allah Ismail a.s. yang tersohor dalam sejarah Islam dan penghayatan `konsep korban' itu dalam kontek kehidupan umat manusia masa kini.
Sebenarnya selain dari korban sembelihan,ada banyak lagi `korban' yang perlu kita lakukan dalam usaha kita mengangkat diri dari status muslim ke status mukmin.(Setiap orang mukmin adalah muslim tetapi orang muslim belum tentu mukmin).Korban wang ringgit dalam bentuk sedekah jariah,derma atau sumbangan kepada masjid,anak-anak yatim dll. golongan yang berkeperluan.Korban masa yang ada supaya boleh menghadirkan diri di masjid atau surau untuk solat berjemaah dan lain-lain program keugamaan yang diadakan.
Kita bangga punyai kereta baru,canggih,model terkini yang boleh membawa kita kemana sahaja tetapi sayang seribu kali sayang kereta yang kita banggakan itu tidak boleh membawa kita ke masjid atau surau pada waktu-waktu yang memanfaatkan kita.
Hampir jam 10.30 pagi baru bersurai dari masjid.Aku dan famili memerap kat rumah saja menunggu jika ada tetamu yang nak datang beraya.Nak keluar kemana-mana pun rasanya tak berbaloi kerana jam 12.30 nanti nak ke masjid lagi sekali untuk solat jumaat.
Lepas solat jumaat barulah ada masa yang panjang untuk beraya ke rumah ibu bapa dan kemudiannya ke rumah keluarga mertua di Kepala Batas.Habislah putaran masa untuk 24 jam hari raya pertama.

Comments
Post a Comment