aku berhenti berharap !!!


Teman

Buat kesekian kalinya ku sapa diri mu
Buat kesekian kalinya ku ketuk pintu hati mu
Buat kesekian kalinya ku rayu belas simpati mu
Maafkan segala salah silap ku,halalkan segala makan minum ku.


Nyatanya pintu hati mu terkunci rapat
Diselak kuat
Dirantai erat
Dan tiada ruang lagi untuk aku mendekat


Andai maaf mu terlalu mahal
Andai ampun mu terlalu agung
Andai terhakis sudah simpati di hati
Aku tak akan mengemis lagi

Sedang usia semakin menginjak senja
Diri ini dah tak mampu bertahan lama
Detik ini ku gumpal sisa-sisa semangat
Lalu aku BERHENTI BERHARAP.


Selamat tinggal semalam dan kenangan
Hari ini ku gendong semula semua impian
Aku mahu melangkah gagah dan jitu
Memahat jejak-jejak iman dan ilmu
Menjana indah AKU YANG BARU


Wassalam!

* catatan 3.20 pm 20 November,2009

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam