time to change !!!
Jika 1 Muharram lalu pada hari Jumaat,1 Januari juga bermula dengan hari Jumaat iaitu penghulu kepada segala hari.Samada ianya suratan atau kebetulan - hanya Yang Maha Pencipta sahaja yang mengetahuinya.Sesungguhnya kita hanya diberi hanya sedikit ilmu sahaja untuk mendabik dada tahu segala-galanya.Yang pasti ialah setiap hari penuh keberkatan hanya kita sahaja yang tak mampu untuk meraih tawaran istimewa dari Nya itu.Kita mencemarkan hari-hari yang kita dipinjam milik itu dengan dosa-dosa zahir dan batin (samada sedar atau tidak merujuk kepada batasan ilmu dan iman kita)
Hari ni dan esok,Sabtu adalah cuti hujung minggu (Negeri Kedah Darul Aman tidak menyambut cuti umum untuk 1 Januari).Hari Ahad pula aku mengambil cuti rehat kerana nak menguruskan kemasukan Andak ke SMKAK.Alhamdulillah doa ku dimakbulkan dan permohonan ku untuk Angah bertukar sekolah dari SMKAY diluluskan.Kini Angah akan bersekolah sama dengan Acik.Mudahlah pengurusan nanti bila bersekolah yang sama terutama apabila tempoh masa aku dan isteri di takdirkan ke Tanah Suci penghujung tahun nanti.
Aku bersyukur sangat dan merasakan doa ku agar dipermudahkan segala urusan ku dalam perancangan mengerjakan ibadah haji mula dimakbulkan Allah SWT,Alhamdulillah!!!
Aturcara untuk hari ni : awal pagi jogging berkeliling Kolam MADA,siram pokok-pokok tanaman pastu nak shopping keperluan sekolah anak-anak.Janji nak ke rumah seorang teman untuk `tengok-tengok' apa yang tak kena ngan PC & connection internetnya masih lagi tak tertunai dek kerana kekangan masa ku dan keselesaan suasana familinya.
Dah banyak hujan tak turun.Kesian plak kat pokok-pokok tanaman yang ada disekeliling rumah tu.Anak-anak betik (ada 5 jenis semuanya) yang dah mula muncul menjengah pucuknya untuk melihat dunia.Selain itu anak-anak kurma ajwa yang semakin memanjang daunnya.Aku namakan ianya `semaian kasih'.Biarlah walau pun ianya mungkin tak akan berbuah tetapi ianya tetap `semaian kasih' ku.
Sambil menyemburkan air gunakan hos getah,aku memerhatikan pertumbuhan pokok-pokok tersebut yang hari demi hari semakin meninggi memeta corak alam sekeliling kediaman ku.Indahnya alam ciptaan tuhan.Aku menjadikan akiviti gardening ini sebagai usaha riadah ku untuk mengeluarkan peluh.
Teringat plak khutbah solat hari raya aidil adha lalu yang menyentuh mengenai prinsip dan semangat `korban' itu.Bagaimana pula dengan prinsip dan semangat korban itu bagi diri ku sendiri ???
Aduhai terlalu kerdilnya aku untuk turut mengaku bahawa aku juga pernah dan telah berkorban untuk meningkatkan taraf diri ku dari seorang muslim kepada menjadi seorang mukmin.
Pengorbanan masa dan pengorbanan tenaga ke jalan Allah SWT masih terlalu terlalu naif.Sebesar hama pun belum ada rasanya.Terus terang masih banyak ilmu yang ada tetapi belum diamalkan.(Ilmu agama yang ada masih tak banyak dan dalam keadaan yang sedikit itu,banyak antaranya yang masih gagal aku amalkan).Contoh yang paling besar ialah solat berjemaah.
Aku masih gagal untuk melaksanakannya dengan sepenuhnya. Sedangkan aku tahu bahawa nilai darjatnya 27X ganda dari solat bersendirian.Tahu tapi tak buat - adakah itu tanda orang yang berilmu/pandai atau itu petanda orang yang bodoh/bodoh sombong ???
Ada kemudahan,ada kenderaan tetapi masih gagal menyampaikan aku ke tangga masjid pada setiap waktu solat.Bagaimana nanti kalau Allah SWT quiri bab kemudahan kenderaan ini semasa di Padang Mahsyar - apa aku nak jawab ???
Aku tahu bahawa harta yang kekal ialah harta/wang ringgit yang aku belanjakan ke jalan Allah SWT seperti wakaf/sedekah jariah/ derma dsbnya yang bermatlamatkan kepada kemaslahatan ummah tetapi kenapakah aku selalu `berkira' bila aku berdepan dengan `peluang' untuk membuat pelaburan harta benda/wang ringgit abadi itu ???
Sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda ;
"Siapa yg bertambah ilmunya sedangkan amalannya tak bertambah, maka ianya hanya bertambah jauh daripada rahmat Allah"
Aduhaiiii ....lemahnya aku dalam mentadbir diri sendiri.Lemahnya aku dalam pengurusan masa.Lemahnya aku dalam pengurusan iman dan amal.Bagaimana kalau detik ini Izrail datang bertamu.Husnul khatimah atau soul khatimah kah aku ???
TIME TO CHANGE !!!
- Pengurusan masa
- Pengurusan fizikal dan mental
- Pengurusan iman dan amal
- Pengurusan kewangan
- Pengurusan usahaniaga
Rasulullah SAW selalu berdoa (dan mengajarkan kepada umatnya) :
(hadis diriwayatkan Ahmad daripada Anas)
"Ya Allah aku berlindung dengan engkau ;
daripada ilmu yang tidak memberi manfaat dan
daripada hati yang tidak khusyuk dan
daripada amalan yang tidak diangkat (tidak diterima)dan
daripada doa yang tidak didengar (tidak dimakbulkan)"
Comments
Post a Comment