Tuesday, November 24, 2009

jom bermain angka-angka kehidupan

Waktu kerja di jabatan kerajaan

8.00 am - 1.00 pm = 5 jam
2.00 pm - 5.00 pm = 3 jam

Hari Isnin,Selasa,Rabu & Khamis camtu
so, 8 jam x 4 = 32 jam ......(i)

Hari Ahad plak,
8.00 am - 12.15 pm = 4 jam 15 min
2.45 pm - 5.00 pm = 2 jam 15 min
so jumlahnya = 6 jam 30 min ..... (ii)

Jumlah jam kerja dalam seminggu (i) + (ii) = 38.5 jam..(iv)

Katakanlah gaji bulanan + elaun2 = RM3719.74 ....(v)
so gaji mingguan = (v) / 4 = RM929.94....(vi)

Nilai sejam masa kerja = (vi) / (iv) = RM24.15...(vii)

Nilai seminit masa kerja = (vii) / 60 = RM0.40


Let say,kita dok sembang-sembang kosong @ tak buat kerja la selama 30 minit maknanya kita dah makan gaji buta sebanyak RM12+ dan nilai itu dari gaji bulanan yang kita terima pada hujung bulan nanti akan kita gunakan untuk menyara hidup kita dan anak isteri kita.

Lalu kita sekeluarga pun membesar bersama-sama dengan sumber rezeki yang bercampur-campur antara halal dan haram.Lalu sukarlah untuk kita memperoleh keberkatan dan kebahagiaan dalam kehidupan ini.Rumahtangga berantakan. Isteri tidak menghormati suami @ sering melawan cakap suami dan tidak sehaluan.Anak-anak membesar dengan hala tuju yang membimbangkan - kandas di dalam pengajian @ menjadi mat rempit @ bohsia/bohjan @ penagih dadah

Doa yang kita panjatkan kepada Nya pun sukar dimakbulkan kerana diri kita sudah tidak suci lagi.Lalu jauhlah kita dari hidayah dan pertunjuk Allah SWT dan ditahap ini apalah lagi ertinya hidup di dunia ini sebagai persinggahan sementara dalam perjalanan menuju kehidupan abadi di akhirat nanti ???

Jom kita fikir-fikirkan dengan hati yang tenang dan sama-sama kita buat perubahan jika benar selama ini kita terleka.

No comments:

Post a Comment