mengapa gagal ???

Hanya ada 2 pilihan sahaja di dalam arah masa depan kehidupan ini.BERJAYA atau GAGAL.Kita bebas untuk memilih samada mahu berjaya atau mahu gagal.Masing-masing ada yang perlu dibuat @ dilakukan supaya kejayaan atau kegagalan itu dapat dicapai.

Minda insan yang sihat pastinya mahukan kejayaan dan melontar-lontar jauh-jauh kalimah kegagalan.Semahunya apa sahaja yang dilakukan akan berakhir dengan kejayaan.Plan of action akan segera dirangka dan map of success terlakar kemas di atas kertas.Bermula dari A sebagai langkah yang pertama dan Z di akhirnya pastilah yang bernama `kejayaan'

Namun sekemas mana pun perancangan,serapi mana pun peta minda tidak ada bermakna jika tidak ada tindakan.Jika kaki tidak dihayun ke hadapan,kita akan tetap statik di titik yang sama.Ilmu dan amal (teori dan praktikal) adalah gandingan yang amat merbahaya jika dipisahkan.

Sabda Rasulullah s.a.w,diriwayatkan menerusi Syaddad bin Aus r.a.

"Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa memuhasabah diri sendiri dan bersedia untuk menghadapi kematian,manakala orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsu dalam hidupnya dan mengharapkan ganjaran yang besar dari sisi Allah s.w.t"

Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda.

"Tidak ada seorang hamba yang meninggal melainkan akan menyesal.Para sahabat bertanya; Apakah penyesalannya wahai Rasulullah? Jawabnya; Sekiranya dia seorang yang baik,dia akan menyesal kerana masih kurang melakukan amal kebaikan dan jika dia seorang yang jahat,akan menyesal kerana tidak meninggalkan kerja dosa dan maksiat"

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam