musim sibuk mai dah !!!

Nampaknya musim `sibuk' yang acap melanda di setiap akhir tahun dan awal tahun telah bermula.Bahangnya mula terasa bila jadual perancangan aktiviti mula padat.Kotak-kotak hari yang kosong di dalam planner pun dah semakin kurang.

4.11.2009 hingga 6.11.2009 aku menghadiri Kursus Tatacara Mahkamah,Pendakwaan dan Perbicaraan di Safira Country Club,Seberang Jaya,Pulau Pinang.Info-info yang dikongsi bersama oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah Darul Aman,Tuan Ahmad Zakhi Mohd Daud dan Tuan Majistret Zulhazmi Abdullah dari Mahkamah Majistret Alor Setar,Kedah amat bermanfaat bagi aku dan lain-lain rakan setugas dalam usaha nak memantapkan lagi kualiti kerja seharian di pejabat.

Tuan Ahmad Zhaki sedang melayan soalan-soalan peserta kursus


Selesai kursus dan check-out di Safira Country Club,Seberang Jaya aku kena check-in di Cinta Sayang Golf Country Club di Sungai Petani pula untuk menghadiri Mesyuarat Pelan Tindakan 2009. Hmmm burn laa cuti hujung minggu ku.

Minggu-minggu depan pun dah tersenarai kerja-kerja @ urusan yang menanti untuk dilangsaikan demi perkhidmatan untuk negara, agama dan bangsa.Alah bisa tegal biasa!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam