nota @ 4.17 am 10/7/1997

HARI INI

1. HARI INI aku bersukur kepada Allah S.W.T. kerana aku masih lagi hidup di atas kehendakNya.Maka dengan itu,hari ini adalah sebaik-baik hari untukku.Akan aku gunakan dan mempertanggungjawab kan dengan sepenuhnya untuk hari ini.

2. HARI INI aku berazam untuk menghadapi hidup ini dengan rasa penuh bersemangat dan dedikasi,tabah,penuh berminat dan lebih berwarna lagi.Aku ingin menceburkan nasib untuk menjulang impian, menegakkan cita - cita dan aku akan sentiasa bersedia untuk bangun dan jatuh sekali pun.

3. HARI INI aku berjuang dan berdikari di atas keupayaan dan kemampuan yang tersedia ada dalam diriku.Aku percaya akan kuasa yang sedia ada dalam diri manusia yang dicipta oleh Tuhan Yang Maha Esa.Aku yakin terhadap diriku,kebolehanku,bakatku,ilmu pengetahuan dan juga pengalaman-pengalaman yang lebih menja minkan diri ini untuk hari-hari yang mendatang.

4. HARI INI aku akui bahawa apa yang akan terjadi terhadap diriku di masa masa mendatang adalah bergantung kepada bagaimana sikap dan pemikiranku pada hari ini.Aku menerima kenyataan bahawa kejayaan yang besar itu adalah himpunan dari hasil kejayaan kecil yang dibina pada tiap-tiap hari.

5. HARI INI aku tidak sekali-kali lupa segala pengajaran atau kesilapan yang aku perolehi dari segala kegagalan yang pernah ku hadapi selama ini dan aku tidak mahu lagi mencari kesalahan orang lain kecuali kesalahan diriku sendiri.

6. HARI INI aku telah catitkan segala rancangan yang hendak aku usahakan.Aku akan laksanakan segala rancangan itu sebaik-baik yang boleh.Aku sentiasa beringat bahawa setiap punca kegagalan itu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu mereka yang berfikir tetapi tidak bertindak dan kedua pula ialah mereka yang bertindak tetapi tidak berfikir.

7. HARI INI aku melatih diriku berfikiran tepat,tegas,cekap dan pantas dalam membuat keputusan dan dalam segala tindakan.Aku akan memberi penumpuan yang lebih ke atas kekuatan mental daripada kekuatan perasaan (emosi) yang boleh melemahkan diri ini.Dan aku akan menguatkan lagi daya pemikiranku ke arah yang lebih rasional,terbuka,kreatif dan suka mempelajari sesuatu yang baru.

8. HARI INI aku menetapkan bahawa masa itu adalah NYAWA.Oleh itu aku tidak sekali-kali akan mempersia-siakannya.Aku akan cuba mengelakkan diri ini dari segala penghalang-penghalang yang sentiasa mengganggu setiap detik dalam perjalanan hidupku.

9. HARI INI aku percaya bahawa membuat sesuatu yang baik itu pasti akan mendapat balasan yang setimpal baik secara langsung atau pun sebaliknya.Aku akan sentiasa memaafkan mereka yang menyakiti hatiku kerana aku sedar bahawa sebagai manusia biasa aku juga mungkin akan menyakiti hati mereka dimana aku pula akan memerlukan maaf dari mereka.

10. HARI INI aku akan menghormati setiap insan samada anggota keluarga,kakitangan pejabat, jiran tetangga,rakan-rakan dan masya rakat umum.Aku bersedia meriangkan mereka dan membina sesuatu yang baik.Aku sedar tentang perasaan orang lain,sebagai manusia biasa mereka juga memerlukan perhatian.

11. HARI INI aku mematuhi segala suruhan Allah dan memanjatkan doa semoga diriku, keluarga,bangsa,negara dan ugama ku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

12. HARI INI aku berazam :

 Berhenti merokok
 Minatkan membaca
 Giatkan amal ibadat
 Tenang,tegas dan pendiam
 Bapa,suami dan anak mithali
 Menghargai dan menepati masa
 Kemas,berwibawa dan bermotivasi

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam