Perjalanan ini masih jauh jejak matlamatnya
Masa pun semakin suntuk baki yang ada
Mampukah aku memecut sederas kuda lumba
Sedangkan kudrat semakin dimamah usia

Jika aku masih bertatih begini
Jika aku masih leka menang sendiri
Jika aku masih degil mahu muhasabah diri
Jika aku masih teruskan semalam ke hari ini
..... pasti hajat ku terkubur mati !!!

Aku mesti bangun segera
Aku wajib bangun semula

Menggenggam niat,iman dan takwa
Amal ku menapak ke daerah redha Nya.

Jika hari ini senyum ku tak selebar semalam
Jika hari ini tawa ku tak sedekah semalam
Jika hari ini aku pamit untuk bersendirian
Maafkan aku teman-teman

Detik ini aku teramat kalut
Antara harap dan takut
Menebar luas hamparan TAUBAT
Melarik menganyam kalimah SYAHADAT
Semoga aku masih SEMPAT



Amin !!!
7.30 pm 15 Zulkaedah 1430 @ 2/11/2009
Masjid Sultanah Bahiyah
Jalan Sultanah,Alor Setar,NKDA.


Nota Kenangan : Selesai solat maghrib,terpaksa berkaki ayam ke kereta (nasib baik parking kereta dekat jerr ngan masjid).Pinjam pakai kasut isteri menapak ke tingkat dua Pasaraya Giant (tebal gak muka masa tu!) untuk membeli sandal baru menggantikan sandal yang telah diambil orang tanpa izin ku di masjid tadi.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam