sedih dengan pergolakan dalam PAS
Sebagai seorang insan berbangsa Melayu dan berugama Islam aku merasa amat sedih dengan pergolakan yang sedang melanda Parti PAS mutakhir ini.
Satu demi satu badai melanda.Biar pun katanya dapat diselesaikan dengan baik namun pastinya ada kesan negatifnya kepada orang awam.Kepada yang fanatik pasti tak akan berubah kejap duduk bersilanya tapi kepada yang hanya duduk di atas pagar pasti akan merasa bosan dan lenguh lalu terjun ke bawah.Untunglah kalau terjunnya ke arah kita tetapi bagaimana kalau ke arah sana.Arah yang menjanjikan kemewahan duniawi tak dinafikan akan tergugat juga iman.
Teringat satu ceramah oleh Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz yang antara lain komennya - suatu ketika dulu PAS lantang memperjuangkan HUDUD tetapi setelah menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat kini nada HUDUD dah tak selantang dulu kerana nak `menjaga hati' rakan-rakan lain.Kalau dulu kemenangan dalam pilihan raya totally kerana takdir Allah SWT tetapi kini beranggapan kejayaan itu dicapai kerana bantuan rakan-rakan.Lalu wajarlah untuk membalas budi.
Terfikir dibenak ini - apakah yang terjadi kini adalah KIFARAH yang menimpa PAS ??? dan PAS sedang mengalami proses `saringan' supaya kelak dapat berdiri gagah sebagai sebuah harakah islamiyah yang unggul.
Suatu ketika nanti bumi Madinah akan bergegar dan semua munafikin berlari keluar meninggalkan kota Madinah.Semoga gegaran yang terjadi kini itu akan berjaya `membersihkan' PAS seperti kota Madinah itu,Insha Allah!

Comments
Post a Comment