Saturday, December 19, 2009

Easy Add Maths Center

Pagi ni Innova hitam bergerak ke Sekolah Menengah Agama Baling menghantar Acik yang akan mengikuti Kursus Intensif Easy Add Maths yang dikendalikan oleh Syarikat Easy Add Maths Center. Bermula pada jam 2.00 petang ini dan berakhir sekitar jam 10.30 pagi 22 Disember,2009.Bayaran yang dikenakan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar.Penginapan dan makan minum disediakan.

Hujung tahun 2010 nanti Acik akan menduduki peperiksaan SPMnya. Kursus ini adalah sebagai langkah persediaan awalnya untuk menghadapi peperiksaan tersebut.Sebagai seorang bapa,aku mengharapkan kejayaannya kerana itulah tuntutan kehidupan duniawi masa kini.Semoga Acik juga akan menurut jejak Angah dan Along yang kini sudah pun bergelar mahasiswa/i.


"Apa yang dapat abah berikan hanyalah sekadar doa dan sokongan moral.Abah sedar perjuangan dalam menuntut ilmu bukanlah sesuatu yang mudah namun usaha yang bersungguh pasti akan membuahkan kejayaan yang cemerlang demi untuk hari esok Acik sendiri.Abah akan berusaha menyediakan suasana lengkungan yang terbaik untuk Acik,Insha Allah semoga dengan itu Acik akan selesa menuntut ilmu dan mengulangkaji pelajaran"


Melangkahlah dengan penuh keimanan dan harapan untuk menjadi seorang muslimah berkerjaya yang mukmin !!!


No comments:

Post a Comment