dah abis pun ..... 1 Muharram 1431

kelip pok kelip pok aik??? abih dah satu hari.Sat nyerr.Dah pun bang maghrib 2 Muharram 1431H ish ish ish hari ni hujan lebat plak tu.Tak semena-mena dibalunnya lebat sangat-sangat pada hal hari-hari sebelum ni panas terik.Tengahari panas lit lit.Tau-tau hari hujan plak.Dari pagi tu renyai-renyai saja tapi time nak solat jumaat tu kemuncak lebatnya.Naik kereta pun sementara nak naik nak turun buka tutup payung .... lencun juga laa.Sure solat jumaat hari ni pahala lebih dari hari-hari yang lain.

Dok pikiaq muhasabah diri apa yang aku dah buat sepanjang 24 jam hari 1 hijrah yang dah lepas pi tu - awal hari aku kat Masjid Zahir Alor Setar - balik sampai rumah around 10.30 malam - lepak lepak depan tv terus terlena (tadi kat masjid makan banyak.Mula tu cedok boh dalam pinggan nasi + lauk pauk tu skit saja tapi anak-anak plak yang dok export dari pinggan depa ke pinggan aku.Sayangkan rezeki orang buat kenduri so telan juga laa.Perut penuh cepat mengantuk laaa)

Bangun jam 5.30 pagi (means tidur = 6.5 jam - banyak tu!!!)Pagi aku kat rumah jerr.Do gardening skit.Gali lubang dan pindahkan anak pokok tongkat ali dari polybag.Ada 6 pokok semuanya.Aku tanam sederet di sisi kanan rumah supaya bila besar nanti akan kelihatan seperti sederet turus pagar.

Jam 12.00 stop - letih - lena jap (ini dah habit aku kalau hari jumaat camtu sebab tak mau nanti kat masjid nanti mata ku ni jadi stim semacam jerrr.Pukul 1 bangun mandi,bersiap ke masjid.Hujan lebat sangat.Anak bongsu ku seperti yang dijanjikannya start tahun baru ni nak ikut ke masjid.So bertiga ngan angah kami ke masjid.

Balik dari masjid masih hujan lebat.Sampai di rumah isteri dan puteri-puteri ku dah ready menunggu untuk makan tengahari.Pas tu lepak-lepak depan tv.Hujan lebat sungguh.Tak perasan plak bila masa aku terlena sedar-sedar dah jam 5.30 pm

Lepas solat asar aku sambung aktiviti pagi tadi.Gali lubang tanam anak pokok tongkat ali.Hujan masih turun tapi dah kurang skit dah lebatnya.Ralit dok kesah ngan anak-anak pokok tu azan maghrib baru aku masuk dalam rumah - abis dah 1 hari kehidupan ku.

Thing to aware ???

1. Kurangkan tidurrrr (kena kurangkan kuantiti makanan gak nih)
2. Stop melayari website-website reformasi.Kesukaan yang begitu banyak membuang masa ku terutama di waktu malam diketika aku yang dah kesuntukkan masa ini.Cuma ada 305 hari saja lagi........lagi pun aku bukannya ahli politik untuk tahu secara up to date semua kisah-kisah politik terkini tu.

Fast Action - jangan ulangi 2 hal negetif tu.

Stop it now,right NOW !!!

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam