Bang Mie & Pak Leh,Innalillah ...... !
Hari ni dan esok aku cuti.Bercuti rehat.Memandangkan masih ada banyak lagi baki cuti rehat ku di tahun 2009 ini,aku bercadang untuk bercuti beberapa hari di bulan Disember ini.Dapatlah meluangkan masa untuk bersama keluarga kerana anak-anak yang lima orang tu semuanya ada kat rumah.
Apa nak buat hari ni? Kelmarin aku dan isteri dah ke SMKAY untuk memohon surat pertukaran sekolah Andak ke SMKAK.Tujuan utama pertukaran ini ialah supaya Andak akan dapat bersekolah di sekolah yang sama dengan kakaknya,Acik.Bila masa aku dan isteri berada di Tanah Suci Mekah pada penghujung tahun nanti,mudahlah kedua-dua beradik ini berurusan sesama sendiri terutama ketika outing wajib.
Acik akan menduduki Tingkatan 5 dan Andak pula di Tingkatan 2.Kepada Aciklah diletakkan tugasan untuk `mengawal selia' adik-adik (termasuk Busu yang di Darjah 3) memandangkan Along di UTHM,Batu Pahat,Johor dan Angah di UiTM Shah Alam tentulah jaraknya lebih jauh lagi.Perancangan awal ku,Busu akan tinggal bersama ibu dan bapa ku sepanjang temph masa itu.
Bila ditanya oleh staf di Bahagian Pentadbiran SMKAY,samada borang permohonan itu mahu dipos oleh pihak sekolah atau pun aku menghantar sendiri by hand ke Bahagian Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral,Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di Jalan Stadium,Alor Setar,aku memilih untuk menghantar sendiri dengan harapan borang permohonan itu akan sampai lebih cepat dan lebih cepatlah ianya diproses.
Jadinya hari ni aku akan ke JPN di Komplek Pendidikan Alor Setar untuk urusan itu.Dalam perjalanan ke Alor Setar tu aku bercadang nak singgah makan tengahari bersama famili di Kedai Makan Bang Mie di Tokai.Dah lama aku tak singgah di kedai makannya tu.
Bila masuk ke dalam kedai tu,tak nampak pun kelibat bang Mie.Aku tanyakan pada pekerja di situ,mana Bang Mie?.Jawapan yang ku terima benar-benar mengejutkan dan hilang selera ku nak makan.
"Tak tau ka...bang Mie dah meninggai dah.Dekat 40 hari lebih dah!"
"Innalillah....sakit apa? (memang dulu pun nampak dia semakin seroh tetapi bila aku tanya dia kata tak sakit apa-apa,sihat jerr)
"Dia ada kencing manis,barah usus.Siang tu operate usus tu,malam tu meninggai.Seminggu sebelum tu pak dia meninggai"
Aku terdiam.Sedih.Terbayang gurau sendanya bila aku bersama rakan-rakan ofis singgah makan di kedainya atau pun bila aku ngan famili singgah makan.Hilanglah seorang lagi kenalan ku di dunia yang fana ini.
Dulu sama juga ceritanya dengan Pak Leh toke daging di Market Pekan Tanah Merah.Selalu gak bila dalam perjalanan balik dari Alor Setar aku singgah di Market Pekan Tanah Merah untuk beli daging lembu jualannya.Hampir sebulan aku tak singgah,bila suatu hari tu aku nak pi beli,Pak Leh dah tak ada di meja jualan dagingnya.Bila aku tanya pada penjual yang menjual di tapak meja jualannya itu,katanya Pak Leh dah pun seminggu meninggal dunia. Innalillah......tak akan ku dengar lagi celoteh dan mulut becok Pak Leh.
Selepas solat zohor di Masjid Zahir,aku terus ke Komplek Pendidikan.Dapatlah aku kemukakan borang permohonan tersebut kepada pegawai yang berkenaan.Alamak!....ditegur mana salinan Sijil Nikah dan salinan Surat Beranak Angah,aku hanya mampu menepuk dahi saja.Staf di SMKAY tak cakap apa-apa pun dan aku plak tak baca semula keperluan dokumen yang perlu dikepilkan bersama borang permohonan tu,jadinya tak lengkaplah borang permohonan itu.
Alasan Sijil Nikah itu diperlukan untuk mempastikan bahawa si bapa dan si emak pelajar itu masih bersama dalam satu keluarga.Pernah berlaku ibu @ bapa membuat pertukaran sekolah si anak,bila dah bertukar sekolah bekas pasangannya datang membuat bantahan pertukaran itu (kes berebut anaklah tuuuu)
Esok kenalah hantar salinan Sijil Nikah dan salinan Surat Beranak Andak untuk melengkapkan borang permohonan pertukaran tu.Besar harapan ku tahun 2010 nanti Andak akan dapat bersekolah sama dengan Acik di SMKAK.

Comments
Post a Comment