pantai dah tak merdeka
Sekitar jam 8.30 pagi aku dah sampai ke medan letak kereta Pantai Merdeka Resort,Pantai Merdeka.Tugasan resmi ialah menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Berhad.Masih ada lagi masa untuk sarapan sebelum mesyuarat bermula.
Sebaik saja membuka pintu kereta mahu melangkah keluar,deria bau ku mengesan sesuatu yang kurang enak.Hati berbisik ...apa ni???
Seelok selesai saja sarapan yang disediakan oleh penganjur, mesyuarat pun bermula dan tamat hampir jam 11.30 pagi.Aku ingin tahu dari manakah datangnya bau yang kurang menyenangkan tadi tu kerana seperti aku,pasti orang lain pun akan bersungut dan merasa tidak selesa dengan aroma ini.
Inilah yang aku jumpa.Penyumbang aroma yang menjolok kerongkong walau pun pasarana yang sedia ada begitu menarik hati dan mata memandang.
Pasti alasan pihak berkenaan ialah kutipan sampah @ aktiviti pembersihan tidak dilakukan kerana tempoh cuti umum - tidak ada pekerja bertugas.Biasalah tu....setiap aduan pasti ada jawabannya. Sedangkan tempoh bercuti inilah pengunjung @ pelancung akan berpusu datang untuk bercuti @ berehat.
Jika keadaan yang sebegini tidak diatasi segera dengan tanggung jawab yang ada dibahu individu masing-masing,aku merasakan pantai ini dah tak merdeka lagi.

Comments
Post a Comment