permulaan yang baik .... Alhamdulillah !!!

Sekitar jam 6.40 petang aku dan famili sampai ke Masjid Zahir,Alor Setar.Berwuduk dan menunaikan solat tahiyyatul masjid.Bilangan jemaah semakin bertambah ramai dan ruang letak kereta mula semakin sesak.Pegawai-pegawai masjid negeri itu ku lihat mundar mandir mengawasi persiapan masjid untuk majlis malam ini dan juga menunggu ketibaan DYMM Raja Muda Kedah dan isteri.

Imam membacakan doa akhir tahun dan diaminkan oleh ratusan jemaah.Tak lama selepas itu azan maghrib pun berkumandang. Selepas solat maghrib dan wirid dibacakan doa awal tahun.

Petugas-petugas mula mengedarkan buku kecil Surah Yassin kepada jemaah.Majlis bacaan Surah Yassin akan diadakan pada setiap malam Jumaat dan kebetulan yang cukup berkesan kerana permulaan Tahun Hijrah 1431 bermula dengan penghulu hari iaitu hari jumaat.Surah Yassin yang diedarkan itu adalah sumbangan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman sempena sambutan Maaj Hijrah 1431.

Selesai majlis lepak-lepak kejap di dalam masjid sementara menantikan masuknya waktu solat ferdhu Isya.Jemaah-jemaah yang berhasrat nak meninggalkan masjid pun terpaksa membatalkan niat mereka itu kerana tempat letak kereta masjid dan betul-betul padat dan tak ada lagi ruang untuk jalan keluar.

Selepas solat Isya aku mengerjakan solat sunat taubat.Dalam doa aku meluahkan permohonan kepada Nya segala perancangan ku pada tahun ini.Semoga diperkenankan Nya dan aku diredhai Nya untuk menjalani kehidupan yang bermula dari detik ini ke detik yang seterusnya sebagai seorang mukmin yang bertakwa. Kesempatan dalam kehidupan ini kerana detik ini masih lagi bernafas dan permulaan yang baik bagi ku - Alhamdulillah !!!

Ada disediakan jamuan makan malam yang heavy juga.Nasi dengan lauk pauk yang mewah untuk menu makan malam sebegitu.Semoga sumber pendapatan kerajaan negeri pun akan semakin bertambah dan menambahkan lagi kemakmuran hidup rakyat sejagat.

Comments

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam