Tuesday, December 22, 2009

taipan business center

Hari ni cuti lagi.Cuti rehat 1 hari jerr.Perancangan untuk pagi ni nak ke Sekolah Menengah Agama Baling menjemput Acik yang tamat kursus intensif Add Mathnya.Perjalanan balik singgah jap di Expo Usahawan Bumiputera di Taipan Business Center (kat Sungai Petani ... bukannya kat Taiwan).Tak ada yang menarik untuk dibeli lagi pun dengan cuaca yang panas terik begitu mood nak shopping pun down.Mungkin sesuai kalau ke sana pada waktu malam.

Aku rasa pihak kerajaan atau pihak berkuasa tempatan eloklah gunakan kuasa yang diorang ada untuk menapis dan meluluskan nama-nama yang lebih sesuai dengan alam Malaysia.Nak sebut TAIPAN tu pun dah rasa pelik.

Tujuan utama nak ke Sungai Petani ialah mengunjungi Hasani Book Store yang sedang mengadakan jualan buku Balik Ke Sekolah.Sejam lebih kat situ membelek buku-buku yang menarik kat situ.Rabak juga laa seratus lebih tapi tak pa asalkan bahagia.

No comments:

Post a Comment