antara cacing dan katak


Isu 1 : CACING dalam MILO

Pertama kali aku didedahkan dengan isu ini ialah semasa aku sedang mengikuti rakaman kuliah ugama yang dikendalikan oleh Ustaz Kazim Elias Alhafiz di Pusat Pendidikan Al Barokah,Manjoi,Perak.

Seorang hadirin telah bertanya kepada Ustaz Kazim mengenai hukum minum Milo yang antara ramuan membuatnya ialah cacing.Jawapan berhemah dari Ustaz Kazim ialah haram hukumnya Milo tu kalau benar ianya mengandungi cacing.

Tak tumbuh tak melata.Tak sungguh orang tak kata.Mungkin hadirin yang bertanya itu telah mendapat informasi mengenai campuran cacing dalam Milo tu.

Kali keduanya ialah aku membaca satu email yang menceritakan hal yang sama malah lebih detail lagi.Cuma tak pasti apakah syarikat pengeluar Milo itu telah membuat perubahan atau tidak untuk memperolehi Sijil HALAL @ setelah memperolehi Sijil Halal.


Isu 2 : KATAK dalam SARDIN Cap AYAM

Dari email tersebut juga,hasil pemeriksaan sebuah agensi di kilang tersebut telah menjumpai rahsia kilang pengeluar sardin tersebut mencampurkan daging katak sebagai ramuan perasa supaya kuahnya lebih sedap dan enak.

Nak percaya ker tak ???

Tepuk dada tanya iman.Kita adalah apa yang kita makan.Katak dan cacing haram dimakan.Jadinya apa yang ada dalam tubuh badan kita selama ini ??? Lantas bagaimana dengan nilai ibadah kita pula ???

Kawan-kawan yang ada info lebih detail mengenai isu ini tolong respon segera !!!

Comments

  1. Assalamualaikum..

    Sardin Cap Ayam & Milo tiada bahan yang meragukan..! maklumat ini telah disahkan dari sumber yg sahih..

    Pertamanya, kita kena sahkan dulu adakah benar seperti yang dihebahkan, kalau tidak ia akan menjadi satu fitnah..tahukah kita apa kesan fitnah, yg akibatnya lebih buruk daripada membunuh (ayat al-Quran)..

    sila dapatkan pengesahan yang lebih berautoriti..iaitu bahagian Hab Halal yang memberikan kesahan sijil halal..

    Pada saya, saya tidak ragu2 lagi untuk minum milo atau makan sardin cap ayam..sekian.

    ReplyDelete
  2. Isu makanan ni agak kompleks sifatnya sebab banyak pengeluar bukan Islam yg pasti nak utg besar & nak kurangkan kos ... kita perlu berhati2 supaya tidak mudah menerima atau menolak tetapi perlu peka dan ada sikit was2. Dulu heboh juga pasal sosej ada babi di dalamnya, tiada sebarang penafian dibuat oleh pengeluarnya. Lepas tu, org makan balik sosej dengan tiada sebarang perasaan prejudis sedangkan kalau tak makan sosej pun boleh hidupkan!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

FADHILAT DAN KHASIA SURAH EMPAT QUL

KHASIAT AIR KETUM

Khasiat Pokok Lidah Ayam